Views
*Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah SAW bersabda yang ...bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (HR : Muslim dan Ahmad)
*Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga
maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang
fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan
penghuninya adalah wanita.” (HR : Bukhari dan Muslim)
*Sabda
Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak
mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.”
(HR : Nasa’i)
*Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta
cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya
mencium wangi Syurga.” (HR : Abu Daud dan At-Tirmizi )
*Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka
telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan
berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka
seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak
mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak
perjalanan sekian dan sekian.” (HR : Muslim dan Ahmad)
*Di dalam
kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya
melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah
s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda
bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak
pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat
kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya :
“Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana
kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada
Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka,
kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada
salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia
melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan
berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ”
(HR : Bukhari)
*Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang
berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk
mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda
menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian
baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu
adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang
duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua
pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat
terhadap suami.” (HR : Bukhari)
-semoga kita bersama-sama ambil pengajaran-
No comments:
Post a Comment