Followers

Friday, September 27, 2013

Tatkala Dajjal Laknatullah tiba~

Views ASSALAMUALAIKUM WBT...SALAM SEJAHTERA..

setiap orang memang percaya akan wujudnya hari kehancuran... cuma bezanya mereka beriman atau tidak..buktinya, wujudnya kabar angin yang disebarkan oleh orang yang kufur terhadap nikmat Allah, hari kiamat akan menjelang pada tahun 2012!

 Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui...

kiamat tidak akan berlaku tanpa kehadiran Dajjal Laknatullah, pada ketika itu Imam Mahdi bersama Nabi Isa berjuang menghabiskan manusia yang tidak beriman...Pada tatkala itu, hanya la yang tinggal di bumi Allah adalah orang orang yang beriman...itulah kemengan yang nyata Allah berikan pada manusia...Nabi Isa mentadbir dunia dengan seadil adilnya...

Selepas kewafatan Nabi Isa, dunia kucar kacir kembali...manusia kembali tidak beriman pada Allah..tatkala  itu, semua orang yang kufur berusaha untuk merobohkan kaabah, pada ketika itu juga, tiada seorang pun umat islam yang beriman dan bertaqwa...

Sesungguhnya, Allah swt sangat menyayangi hambanya, dengan meniupkan udara, di mana semua manusia yang beriman yang terkena pada udara tersebut, matilah mereka..betapa Allah sayangkan mereka, dengan mencabut nyawa orang orang yang beriman sahaja..bukannya hanya islam pada nama..

sering kali aku terfikir, bagai manakah keadaan manusia tatkala hampirnya Dajjal LAKNATUULLAH tiba??
tidak mampu aku bayangkan di akal fikiran kerana dunia yang semakin moden, bagunan makin tinggi, semua tempat diliputi simen...

*
petukaran siang dan malam sangat cepat berlalu..cepatnya satu hari ibarat membakar pelepah kelapa yang kering... hidup manusia kucar kacir..saat itu manusia diselubungi etakutan..tiada orang yang bekerja..semua nya duduk dirumah, akibat perubahan siang dan malam sangat ketara... tiada orang di sekeliling, kilang kilang di biarkan begitu sahaja, manusia menggigil ketakutan..tiada makanan kerana tiada siapa yang bekerja.. hidup manusia tidak tentu arah...

aku menangis ketakutan..aku risaukan ibu dan ayah..hanya ungkapan yang mampu aku katakan pada ibuku...
"ibu, minta maaf atas segala dosa dosa..kita berjumpa di syurga nanti..kita mungin dah tiada peluang untuk bertemu kembali."

semua orang risau terhadap diri sendiri.. tatkala itu aku cepat mencapai KALAMULLAH( QURAN) untu membaca surah Al-Kahfi... surah yang mampu melindungi kia daripada fitnah Dajjal Laknatullah.. Tiada makanan, tiada air..yang hanya adalah amal ibadah, dan zikr..

kuasa Allah, segala amal ibadah dan zikr, membuatkan kita rasa kenyang..pada ketika itu, aku hanya fikir diriku dengan Allah shj..Dia-lah tempat sebaik baik pergantungan..manusia sendiri tidak boleh membantu yang lain.....

*
aku sedar dalam keadaan takut, seram dan jiwaku menangis..betapa dahsyat nya keadaan itu bagiku..aku bagaikan tidak percaya terhadap apa yang aku alami.. padahal keadaan yang Allah tunjukkan barulah sedikit..betapa dahsyatnya keadaa tersebut...

aku sendiri tidak pasti adakah aku akan selamat daripada fitnah Dajjal Laknatullah??? keadaan yang aku lalui sangat la takut...sehinggakan pertukaran malam dan siang bertukar tanpa kerdipan mata..begitulah cepatnya...

Sehingga sekarang aku masih berasa takut.Takut dengan ujian Allah...

Sedarlah aku bahawa aku betul betul berada di akhir zaman... Manusia di sekelilingku masih leka dengan kehidupan duniawi hingga lupa wujudnya kehidupan uhkrawi.. solat di ringankan, aurat di abaikan, zakat ditinggalkan.... adakah mereka ini akan selamat daripada fitnah Dajjal Laknatullah??
 sedangkan mereka yang melaksanakan pun tidak pasti akan selamat atau tidak...

INGATLAH, WAKTU ITU PASTI TIBA..

JANJI ALLAH ITU PASTI....


(p/s: diantara * dan * ...adalah mimpi yang baru ku lalui..yang baik diambil teladan dan pengajaran, yang buruk ditinggalkan..sesungguhnya aku adalah manusia di akhir zaman)

Sunday, January 6, 2013

Betulkah Al-Fatihah kita?

Views sekadar perkongsian bersama..
Betulkah AlFatihah kita? AlFatihah adalah rukun dalam solat yang mana salah membacanya, tidak sah solat kita...sama2 kita memperbaiki diri..moga2 ibadah kita terutamanya solat diterima oleh Allah...amiiin..


1. Sebutan huruf "ba" berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."

2. Sabdu pada kalimah ﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu 

mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain 

itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang

 salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf ﻡ 

pada kalimah ini adalah berbaris bawah.

3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang 


sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".

4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya 


menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"


5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 


harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.

6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ

7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul 


adalah "Al-hamdulillah..."

8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang 


sepatutnya "Rabbil"


9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".

11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.

12. Kesalahan sama seperti nombor 10.

13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita 


hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.

15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".

16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.

17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ

18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi 


kurang tebal, bukan nipis.

19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. 


Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga


 membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ

21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".

23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.

24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.

25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ

26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.

27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka 


harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang 

melafaz kurang daripada 6 harakat

Wallahu a'lam...

Kredit to : SOutul-MUjahid


p/s : Sila berguru lagi dengan mendapatkan musyafahah dari guru yang muktabar

Saturday, January 5, 2013

apakah yang telah dilakukan oleh seorang anak pada bapanya?

Views

[Kisah Benar] 


         Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.


     Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.



       "Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.



      Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.



     Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin Ya Rabb....