Followers

Wednesday, February 29, 2012

~pesanan buat sahabat~

Views







KEPADA SAHABAT:

Katakan kepada sahabatku,
Tatkala melihat aku mati
Menangis untukku dan berkabung dalam kedukaan
Jangan percaya bahawa mayat ini yang engkau lihat adalah diriku
Dengan nama Allah, aku katakan kepadamu, itu bukan aku

Aku roh, dan ini hampa, hanya daging
Itu rumah dan pakaianku di suatu waktu
Aku khazanah, azimat tersembunyi, digayakan oleh debu
Aku mutiara yang telah meninggalkan kulit yang terbiar
Aku burung dan tubuh di sangkarnya
Dari mana aku harus terbang dan meninggalkan sebagai ingatan
Puji-pujian kepada Allah yang membebaskanku
Dan menyediakan tempatku di sana
Sehingga kini aku telah mati
Walau hidup dalam kabusmu
Kini aku hidup dalam kebenaran, dengan kubur-baju dibuang




Hari ini aku berbicara dengan para wali
Tanpa tabir antaranya,
Aku lihat LUH MAHFUZ dan aku baca
Apa saja yang telah dan kini dan semua yang akan terjadi

Biarkan rumahku roboh menjadi runtuhan
Letakkan sangkarku di tanah
Buangkan segala, itu hanya ingatan
Ketepikan jubahku itu hanya luaran
Letakkan semuanya di dalam kubur, lupakan sahaja
Aku telah meninggalkan perjalananku dan engkau tinggal di belakang
Tempat tinggalmu bukan untuk rumahku

Jangan fikir kematian itu kematian, bukanlah, itulah kehidupan
Kehidupan melewati semua yang upaya kita impikan
Sementara di dunia ini, disini kita diberi tidur
Kematian adalah tidur, tidur berpanjangan

Jangan takut kehadiran malam kematian
Tidak lain perjalanan kerumah yang dirahmati
Fikirkan keampunan dan kasih sayang Rabbmu
Ucap syukur atas kurniaan-Nya dan hadirlah tanpa takut

Aku kini kau juga begitu
Kerna aku tahu engkau juga akan sepertiku
Roh semua manusia datang dari Allah
Semua tubuh dari  sumber yang sama
Kebaikan dan kejahatan, sama-sama milik kita
Dan aku sampaikan khabar gembira:
‘moga menjadi milikmu
Ketenangan dan kegembiraan daripada Allah’


tinta buat sahabat...:-)

~anda percaya semuanya ada dalam Quran..??~

Views


‘Semua ilmu ada dalam Quran” kata seorang para ulama’

‘Maksud Tuan ilmu dunia juga?’ balas seorang pemuda

‘ya, ilmu dunia dan ilmu akhirat.’

‘saya tidak percaya, masakan begitu? Bagi saya mustahil kitab al-Quran yang terdiri daripada ribuan ayat itu merangkumi semua ilmu yang ada?’

‘wah, tentulah berbilion billion banyaknya. Bentuk dan jenis ilmu tersangatlah luas’.

‘saya masih berpendapat semua asa ilmu ada dalam ai-Quran’.

‘saya tetap tidak bersetuju.’ Tegas pemuda tersebut.

Ulama hanya tersenyum….

pemuda tersebut tetap tidak berpuas hati, pada keeseokan harinya pemuda itu  bertemu semula dengan ulama.

‘ tuan masih percaya semua ilmu ada dalam al-Quran?’
‘ya’. Jawab ulama itu dengan pasti.
‘kalau begitu berapa banyak minyak yang boleh didapati dalam sekilogram buah kelapa sawit.?’

Ulama itu diam. Pemuda itu rasa bangga kerana pada pendapatnya ulama itu akan tunduk dengan pandangannya.

‘dan jangan lupa tunjukkan nama surah dan ayatnya sekali ya….’ Tambah pemuda itu lagi.
Beberapa ketika kemudian….ulama pun berkata….

‘ya saya tahu jawapannya malah saya tahu nama surah an ayatnya sekali. Tetapi untuk menjawab soalan, mari ikut saya…..’

Pemuda tersebut mengikut ulama menuju ke suatu tempat.
‘kita nak ke mana?’
‘ikut sahajalah…..’

Tidak lama kemudian mereka bertemu seorang pekerja yang menyelia kerja-kerja memproses buah kelapa sawit. Ulama itu bertanya,

 ‘tuan, boleh beritahu kepada kami berapa banyak minyak yang kita akan dapat darpada sekilogram buah kelapa sawit….?’

Penyelia itu spontan member jawapan. Sejurus kemudian, ulama berkata kepada si pemuda…
‘itulah jawapannya….’

‘eh, saya mahukan jawapan daripada Quran, bukan penyelia ini!’ bantah pemuda itu dengan marah.

‘itulah jawapanya…’Jawab ulama itu dengan tenang.

‘apa maksud tuan?’

‘inilah jawapan al-Quran .  dalam surah al-Nahl ayat 43, Allah telah berfirman yang bermaksud:

“bertanyalah kepada orang yang mengetahui  jika kamu tidak mengetahui.”

 

Dan kita telah pun bertanya kepada penyelia kilang kelapa sawit ini tentang soalan kamu itu.


PENGAJARAN: Al-Quran bukanlah kitab sejarah, sains atau ilmu2 lain. Namun begitu, dalam Quran ada asas dan teras umum bagi ilmu2 yang menjadi dasar, prinsip dan panduan untuk mengembangkannya. Jika seseorang mempelajari Quran secara menyeluruh, dia akan mempunyai general knowledge semua ilmu yang penting di dunia.

Tuesday, February 28, 2012

~Ijazah vs Risalah~

Views

Assalamualaikum...
apa lah cerita entry kali ni yep...

ceritanya tentang Ijazah vs Risalah...


Saya baru lepas mengikuti program anjuran Kelab Remaja Isma (KRIM)
(kalau anda ingin mengikuti  program atau ahli KRIM...anda inform kat saya yep...Insya-Allah saya akan bantu anda...tapi sekarang saya sudah naik pangkat...dari KRIM jadi PEMBINA)
program bermula pada pukul 9 pagi hingga 2 ptg di masjid negeri,Seremban
agak penat jugak la...malam sebelum tu...
baru lepas mengikuti taklimat IPTS di hotel Seremban2
dengar macam biasa jep...tapi konflik nye...MASYA-ALLAH...
nak pecah otak ni fikir tentang tawarannya...dalam masa yang sama pulak bagaimana
nak pergi program KRIM ni sebab tak ada transport...
malam tu jugak contact kawan2 untuk minta pendapat tentang universiti tu...
seorang kawan yang berumur 2-3 tahun lebih tua dari saya menasihati 
supaya sabar, jangan tergesa-gesa buat keputsan...
dia prefer kan saya tuk ambil IPTA...
macam2 jugak la dia celoteh....memberi penerangan demi masa depan aku...
selesai satu masalah...
satu lagi tengah fikir bagaimana nak pergi esok niiii...
contact la seorang member ni...ingat kan nak tompang dia kalau dia pergi dengan parents...
my aunt tak boleh hantar sebab ada anak kecil...
akhirnya, my member uh macam boleh hantar aku jep...but aku x mengharap sangat...
bila dah settle barulah boleh tidur dengan nyenyak...
esok pagi...aku bersyukur sangat sebab Allah Maha Kaya mempermudahkan 
segala urusan...x jadi tumpang member tu...lagipun saya x nak susahkan dia...
banyak na...celoteh ni..
bila pulak nak masuk tajuk...hihihi..
sorry...
ok...saya nak tanya dahulu...
anda rasa mana yang penting? ijazah ke atau risalah? 
cepat pilih.....jangan tersalah pilih....hihihi...
**
**
**
**
**
**
**
**


Ok…
Perbezaan ijazah vs risalah….

*ijazah
-satu pencapaian
-memerlukan usaha untuk mendapatkannya
-kebahagiaan untuk diri sendiri
-lebih sekeping kertas
-urusan rasmi
-ada had masa @ semester pengajian


*risalah
-ia adalah fikrah iaitu kita ingin orang lain dapat kefahaman tentangnya
-tidak dapat diukur pencapaianya pada nilai material
-merupakah dakwah
-bukan hak milik tetapi tanggungjawab sebagai seorang muslim
-hanya sedikit manusia menjadikan impian hidup
-kepuasan menunaikan lambat dirasai
-tiada had masa @ semester pengajian

Jadi kita sebagai orang islam perlu pegang kepada kedua-duanya…ramai pelajar islam hanya mefokuskan kepada ijazah tanpa risalah…

Pn. Razidah: pencaramah program menceritakan ketika beliau berada di university…Beliau akan menduduki exam pada paginya…
Malangnya, beliau terlupa scientific calculator………………..
Kalau anda la kan…sekiranya anda berada di tempat Pn. Razidah….
Apakah tindakan pertama yang anda akan buat……???



Kalau saya, saya akan minta bantuan daripada rakan saya sebab saya memiliki rakan yang baik-baik lelaki mahupun perempuan…hubungan silaturrahim mesti dijaga 
(saya bersyukur jumpa mereka)….
Saya rasa anda pun akan bertindak sedemikian…
Namun tidak pada Pn. Razidah…Rakan2 beliau mengelak daripada mebantunya malah memberi alasan mereka pun ada exam pada petangnyaaaa……………

Geram kan????
Namun, seorang cina berbangsa Kristian (saya pun ade gak kawan beragama kristian, namanya erni Justine- nak bajet la tu…)
Dia dengan suka relanya turun dari tingkat atas sekali rumah flat mengejar Pn. Razidah di dewan peperiksaan…

Pada ketika itu, beliau dalam keadaan  cemas dan cuak..melihat keadaan sedemikian, wanita kristian tersebut memeluk pn.Razidah serta mengatakan “sabar, Tuhan bersama kamu Razidah……………!!!.”
Begitulah cara mereka menyampaikan risalah mereka.
 adakah anda sudah faham maksud Rizalah dan Ijazah?

jadi...perkara baru  yang saya dapat adalah....
saya harus memegang risalah dalam mencapai ijazah...
tanggungjawab seorang pelajar Islam...

Nasib baik boleh mendapat ijazah tetapi Risalah tidak boleh buat last minute…



Ijazah tanpa risalah ibarat manusia yang kering
Risalah tanpa Ijazah ibarat manusia menjerit di tanah yang lapang….


 kadang kadang ijazah perlu didahulukan barulah risalah...
adakalanya juga risalah perlu didahulukan baru ijazah...


dua perkara yang berbeza tapi fleksibel dalam melaksanakannya...
dont worry...seandainya kita membantu di jalan Allah...
Insya-Allah.....
*
Insya-Allah.....
*
Insya-Allah.....

ish...teringat lak lagu Maher Zain...
ada jalannyaaa.....

seandainya anda kurang faham...Insya-Allah saya akan bantu untuk menyelesaikan kekusutan 
yang ada dalam fikiran anda...
 


Monday, February 27, 2012

~api cinta~

Views



Pada suatu malam, kerana tidak dapat tidur,
aku mendengar kupu berbicara kepada lilin:
"aku cinta padamu, aku mengerti bahawa aku akan binasa,
tetapi engkau mengapa gementar dan mengapa membakar?"

lilin menjawab: "pencinta yang mentertawakan madu,
 temanku yang manis telah terpisah dariku
semenjak rasa manisnya jauh dariku
seperti pencinta yang terbunuh, api membakar diriku."

ketia lilin berbicara, rasa sedih darripada tangisannya tersebar di
mukanya yang pucat.

lilin berkata kepadaku: "kau hanya berpura-pura
kau tak tahu apakah cinta itu, kau tak tahu menderita
dan tak tahu menyelamatkan diri. kerana dengan menyentuh api
sedikit sahaja kau akan lari adapun aku, aku tetap berdiri agar dimakan api.
jika api cinta membakar sedikit dari sayapmu
kau harus berani membiarkan ia terbakar seluruhnya."

dan ketika malam belum menghabiskan saatnya
seorang wanita tiba-tiba mematikan api lilin itu
ketika lilin itu mengeluarkan asap ke atas,
wanita itu pun berkata: 
"ini adalah hukum cinta yang tidak dapat diubah,o.....anakku."

~syaitan~

Views


Assalamualaikum...
apa yang anda nampak dari gambar di atas?
tipu la kalau anda tak nampak...
yang circle merah uh....hehehe...gambar diambil ketika waktu maghrib..
tu la sebabnye mengapa orang tua-tua dahulu cakap jangan keluar waktu maghrib...
sebab apa?...
sebab waktu sedemikian adalah waktu perantaraan siang ke malam...pada waktu tersebut banyaklah segala makhluk yang x nampak keluar...
ingat taw...jangan keluar waktu maghrib...(is better prepare for prayer)..that's right?


firman Allah swt yang bermaksud:


"wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-dua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.Sesunggunhnya kami menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman."


                                                                                                                              (al-A'raaf: 27)

~Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD ~

Views
Assalamualaikum...
apa kabar...???
mesti sihat kan....?Insya.Allah...
wah..!!!
jom tambah followers dalam blog....
bila dah follower ramai..mesti lebih bersemangat nak post entry kan?



                                so apa lagi? Sapa yang tak suka follower yang ramai kan? Simple ja..
Apa yang korang kena buat ialah :

1. Buat entry bertajuk "Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD".
2. Letakkan banner di atas dan linkkan terus ke entry ni.
3. Buat entry simple ja.. Tak payah susah-susah.
4. Tag beberapa orang rakan.
5. Tinggalkan komen di entry ini.

Tarikh Tutup : 3/3/2012  29/2/2012 pukul 11.59pm (maaf.. terpaksa diawalkan)





Monday, February 20, 2012

~cintamu untuk siapa~

Views

wah..pasal cinta ni...
i tanya sama u...siapa yang anda cinta?
haaaa...can u tell me siapa yang tengah u fikirkan tu...
hahaha..kantoi sudah! mesti dia adalah seorang yang anda cintai kan? takkan la bila i tanye soalan uh u tengah fikir orang yang u benci kan...????
tapi pernah tak anda tanye dalam diri anda bahawa adakah anda mencintai Rasulullah?
ingat satu perkara...Islam tidak memerlukan kita tapi kita memerlukan Islam...
kenapa i cakap macam tu...
cuba bayangkan kalau kita bukan orang Islam...
adakah ketenangan yang kita dapat?
pada siapa kita menggantung harapan?
semuanya ada pada Islam...u boleh fikir sendiri...
Islam telah menggariskan syariat tuk ita semua perkara...
perlu ingat jugak tanpa Rasulullah...Islam takkan sampai pada kita pada hari ini...
ingat! Rasulullah lah yang menyampaikan dakwahnya sehingga hari ini dakwahnya masih berkekalan di hati umat Islam...
Alangkah ruginya kalau kita tak mahu mengenal Rasulullah padahal orang kafir kenal serta tabikkk springg kat Rasulullah...jadi jom kenal lebih dekat lagi junjungan kita...

Keistimewaan rasulullah
Hadis-hadis dibawah ini pula adalah tentang keistimewaan yang baginda perolehi sebagai Rasul dan kita sebagai umatnya.

1- Rasullullah s.a.w. Penghulu Manusia

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Akulah penghulu manusia pada hari Kiamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Nabi s.a.w. mengatakan sebegini untuk menceritakan nikmat Allah s.w.t. Ia juga merupakan nasihat supaya kita mengetahui hak terhadap baginda s.a.w. (Tuhfah al-Ahwazi)

2- Rasullullah s.a.w. Sebagai Rahmat

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat." (Riwayat Muslim)

3- Pendidik Insan Berakhlak Mulia

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik." (Riwayat Ahmad)

4- Keistimewaan pada Penyampaian Rasullullah

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku diutuskan denagn perkataan-perkataan yang ringkas dan padat."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- "perkataan-perkataan yang ringkas dan padat"; Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. kerana ia mengandungi lafaz-lafaz yang ringkas dan makna yang banyak. (Tuhfah al-Ahwazi)

5- Nabi s.a.w Mendahului Umatnya

Daripada Jundub bin Sufyan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku mendahului kamu tiba ke kolam di syurga." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- "aku mendahului", menyediakan dan memberikan apa yang kamu perlukan. (Syarah Sahih Muslim)

6- Jaminan Kemenangan

Daripada Thauban r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Allah telah menghimpunkan bumi untuk aku sehingga aku dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaaan umatku akan meliputi keluasan bumi yang dihumpankan kepadaku." (Riwayat Muslim)

7- Kesedaran untuk Beramal

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis." (Riwayat al-Bukhari)
Keterangan:- Yakni mengetahui tentang keagungan Allah, balasan terhadap pelaku maksiat dan kegerunan yang berlaku pada saat nyawa dicabut, selepas mati, dan keadaan didalam kubur dan hari kiamat. Mengingati perkara tersebut dapat mendorong melakukan amal ibadah. (Fath al-Bari)

8- Bumi Sebagai Masjid

Daripada Jabir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud) yang suci." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Al-Khottobi mengatakan: Umat sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diharuskan sembahyang hanya ditempat tertentu sahaja seperti rumah ibadat dan tempat pertapaan. (Fath al-Bari)

9- Kesempurnaan Syafaat Rasullullah s.a.w.

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan:- Maksud hadis ini ialah setiap nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan, melainkan Nabi Muhammad s.a.w. tidak mendoakan sedemikian. Ini kerana baginda akan memberikan syafaat sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung kesusahan didunia.
Hadis ini menerangkan syafaat Nabi s.a.w. dan belas kasihan baginda terhadap umatnya. Baginda mengambil perhatian terhadap kemaslahatan umatnya yang terpenting. Maka baginda menangguhkan doa balasan azab terhadap umatnya sehingga waktu terpenting dan amat diperlukan syafaat ketika itu. (Fath al-Bari dan Syarah Sahih Muslim)

10- Pelbagai Golongan Mendapat Syafaat

Daripada Anas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku boleh berikan syafaat kepada umatku yang melakukan dosa besar." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Keterangan:- Syafaat Rasullullah s.a.w. untuk orang yang melakukan dosa besar ialah dengan menyelamatkan mereka daripada kebinasaan. Manakala syafaat baginda untuk orang yang melakukan ketaatan ialah dengan menaikkan darjat mereka. (Syarah Sunan Ibn Majah)

11- Kelebihan Selawat

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat keatas nya sepuluh kali." (Riwayat Muslim)
Keterangan:- "Allah berselawat" rahmat dan gandaan ganjaran daripada Allah s.w.t. (Syarah Sahih Muslim)

12- Orang Bakhil yang Sebenar

Daripada Ali bin Abu Talib r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat keatasku ." (Riwayat al-Tirmizi)
Keterangan:- Orang berkenaan disifatkan sebagai bakhil kerana menghalang diri sendiri daripada selawat Allah s.w.t. untuknya jika ia berselawat sekali.
Sebahagian ulama mengatakan wajib sekali selawat pada setiap kali disebut nama baginda. Menurut pandangan yang lain, wajib sekali selawat dalam satu majlis yang disebut nama baginda. Manakala ketika disebut nama baginda pada kali yang lain dalam majlis itu maka hukumnya adalah sunat. (Tuhfah al-Ahwazi)

13- Ucapan Salam Untuk Rasullullah s.a.w.

Daripada Abdullah bin Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya untuk Allah terdapat malaikat yang berlegar-legar dimuka bumi. Mereka menyampaikan kepadaku salam daripada umatku." (Riwayat al-Nasa’i dan Ibn Hibban)