Followers

Thursday, January 5, 2012

Cinta Rasulullah yang Abadi

Views
urm...Siapa yang tak kenal dengan Rasulullah ni...seperti sedi maklum Rasulullah adalah junjungan besar Nabi Muhammad saw yang diangkat Allah menjadi Rasul-Nya untuk menyampai dakwah kepada hamba-hamba-nya...Mengapa perlu adanya seorang Rasul....ok, sebenarnya manusia ini memerlukan pemimpin untuk memimpin. Allah menciptakan seoang pemimpin daripada kaum itu sendiri kerana sifat semulajadi manusia kerana hanya kaum tersebut yang tahu apa yang diperlukan oleh mereka. Jadi Allah melantik Nabi Muhammad saw untuk membimbing manusia ke arah kebenaran...Rasulullah sebagai perantaraan antara Allah dengan hamba-Nya. jadi, rasullah sentiasa membimbing manusia mengenali Allah, mentauhidkan Allah, menyembah Allah kerana Allah yang menciptakan kita.

Melalui al- Quran, Allah menyatakan cinta Rasulullah dengan kata-Nya, 'sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul daripadakaummu sendiri,berat terasa olehnya melihat penderitaanmu, dia sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) baimu, dan kepada kaum mukminin dia amat berbelas kasih lagi penyayang.'                                                                                                                                                                                                           (at-Taubah,ayat 128)                                             
      Perlu kita fahami bahawa  Rasulullah sangat mencintai umatnya sehinggakan memberi syafaat kepada kita pada akhirat kelak.tapi, sayang adakah kita mencintai Nabi kita??? Rasulullah berjanji akan memberi syafaat kepada umatnya sekiranya umatnya berselawat keatas baginda.Melalui selawat didunia ini menandakan kita ingat dan cinta pada Rasulullah seterusnya membantu kita mempercepatkan perhintungan di padang mahsyar nanti....Apa yang da di padang mahsyar??? urm, di padang mahsyar, semua manusia akan dihimpunkan tanpa berpakaian dan panas yang teramat sangat. Cuba bayangkan matahari sejengkal dari kepala, tersangat amatlah panas sehingga peluh membanjiri .Pada saat itulah Nabi yang mulia membantu umatnya.
      Semasa hayat Rasulullah, baginda dihina, dikeji,di pulau,dibaling batu dan pelbagai cara yang dilakukan oleh orang arab Quraisy untuk melumpuhkan usaha dakwah Rasulullah namun tidak pernah Rasulullah berdendam malah masih mencintai umatnya.Rasullah pernah berhijrah ke Thaif untuk menyebarkan dakwahnya disana, namun tentangan hebat berlaku kepada baginda. Mereka tidak menerima ajakan baginda malah mencemuh,menghina dan mengusir dan mereka juga turut menyeksa nabi dengan membaling batu sehingga badan serta kedua kaki baginda turut berdarah. Kecintaan seorang sahabat yang bernama Zaid bin Harithah turut cuba melindungi baginda sehingga kepalanya berdarah.Begitulah cintanya seorang sahabat kepada baginda. Seksaan daripada penduduk Thaif berhenti selepas Rasul sampai di perbatasan kota.
       Rasulullah berhenti berehat di sebuah kebun milik Uthbah bin Rabiah dengan berehat di bawah pohon anggur sambil membersihkan luka-lukanya. Lalu Nabi berdoa kepada Allah dengan mengharukan,
'Ya Allah, kepada-Mu aku mengeluhkan kelemahan tenagaku, kekurang akal dan hujahku, serta kelemahan dayaku menghadapi manusia. Ya Allah Yang Maha Penyayang, Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau juga Tuanku.Kepada siapa hendak Kau serakan diriku? Kepada orang jauh yang memandang rendah kepadaku, atau kepada musuh yang Kau beri kuasa bagi menggagalkan urusan tugasku? Tidak ku pedulikan keadaanku ini asalkan Engkau tidak murka kepadaku. Namun, bagi Rahmat-Mu amat luas. Cahaya wajah-Mu yang menerangi kegelapan dan menentukan kebaikan urusan dunia dan akhirat, aku berlindung dari murka-Mu yang akan menimpa didiku. Aku sentiasa memohon keredaan-Mu, kerana tiada daya dan kekuatan kecuali atas perkenan-Mu.'

    Pada saat itu, malaikat penjaga gunung turun dari langit bertemu Rasulullah dan berkata," Ya, Rasulullah, perlakuan penduduk Thaif sudah benar-benar keterlaluan. Allah memerintahkanku untuk berkhidmat kepadamu. Izinkan aku menghukum kejahatan mereka. Jika engkau memperkenankan, biarlah aku jatuhkan gunung itu kepada mereka sehingga mereka semua binasa."

Lalu dengan segera Rasulullah berkaa "tidak wahai malaikat, jangan engkau lakukan hukuman seperti itu. Aku melihat diantara penduduk Thaif terdapat sedikit kebaikan. Lagi pula jika mereka belum mahu beriman kepadaku saat ini,aku berharap anak-anak mereka kelak akan menjadi orang-orang yang beriman."

Lalu baginda berdoa "Ya Allah ampunilah mereka, kerana sesungguhnya mereka itu belum mengetahui."

Begitulah peribadi baginda yang sangat prihatin dan mencintai umatnya walaupun umatnya telah melakukan keburukan keaatas dirinya.Jadi, kita sebagai umat baginda perlu membuktikan cinta kita kepadanya dengan melakukan amalan2 sunnah.

No comments:

Post a Comment