Followers

Saturday, January 28, 2012

~selalu bertaubat dan beristighfar~

Views
 Abu Hurairah r.a meriwayatkanbahawa Rasulullah SAW bersabdayang bermaksud: "seorang hamba yang melakukan satu dosa lalu ia berkata: 'Wahai Rab, aku melakukan satu dosa maka ampunilah aku'. Maka Allah berkata: 'Adakah hamba-Ku tahu bahawa di mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghapuskannya? Aku telah mengampuni hamba-Ku'. Kemudian telah beberapa ketika, dia kembali melakukan dosa dan berkata: 'Wahai Rab, aku telah melakukan dosa lain, maka ampunilah aku'. Allah kemudian berkata: 'Adakah hamba-ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya? Aku telah mengampuni hamba-Ku. Kemudian telah beberapa ketika, dia kembali melakukan dosa dan berkata: 'Wahai Rab, aku telah melakukan dosa lain, maka ampunilah aku'. Allah kemudia berkata: 'Adakah hamba-ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan memaafkannya?Aku telah mengampuni dosa hamba-Ku- sebanyak tiga kali-maka lakukanlah apa yang dia sukai'.
                                                                                                            (Riwayat Bukhari dan Muslim)


     Berdasarkan hadith diatas jelaslah Allah Maha Pengampun.Dia bersifat Ar-Rahman Ar-Rahhim selalu mengampuni dosa kita...Kita hidup di dunia yang fana ini sering melakukan dosa yang sengaja mahupun tidak. Mengumpat, mengutuk,menghina,cakap perkara yan menyakitkan hati dan sebagainya tela memberi kita saham dosa...namun adakah Tuhan yang Maha Penyayang itu terus menurunkan bala terhadap kita???
tidak bukan...hal ini kerana Allah memberi kita peluang untuk memohon taubat kepadanya...

No comments:

Post a Comment