Followers

Saturday, January 28, 2012

~La Thazan ya Akhi Wa Ukhti-sesat~

Views
Seorang pemuda tersesat semasa memandu menelusuri sebuah bandar metropolitan yang tidak pernah dilaluinya.Dia cuba mencari jalan keluar, namun semakin sesat. Di kiri kanannya hanya mempunyai bagunan tinggi puluhan tingkat.Akhirnya dia berhenti di bahu jalan untuk bertanya kepada seorang penjual surat khabar.
pemuda: "pakcik,jalan lurus ke depan ni menuju ke mana?"

pakcik:  "anak muda ni nak pergi kemana???" soalan berbalas soalan.

pemuda:  "saya tak pasti. oh ya ppakcik, macam mana saya nak keluar dari bandar ni? saya orang baru di
                sini.Saya pening dengan jalan sehala dan saya dah tidak faham jalan untuk berpatah balik".

pakcik:  "Anak ni nak menuju ke mana?" pakcik itu tetap dengan soalannya.

pemuda tersebut melilau-lilau menoleh ke kanan dan kekiri, seolah-olah memikirkan sesuatu.

pemuda: "Macam mana saya hendak menuju ke lebuh raya terdekat"?

pakcik: "anak ni sebenarnya nak menuju ke mana"?

pemuda: "sebenarnya, saya tak pasti di mana destinasi saya...."

pakcik: "kalau begitu kamu ambil jalan mana-mana kamu suka...."

pengajaran: tanpa matlamat akhir,kita tak akan kemana-mana.tanpa matlamat akhir juga kita tidak akan dapat menyusun strategi padu untuk menuju matlamat tersebut.

No comments:

Post a Comment