Followers

Tuesday, March 20, 2012

~kenapa enggan baca Quran~

Views



.:|:. Bagi yang enggan membaca al-Quran kerana takut salah sebutan dan tajwid, ...jangan takut..~ .:|:.

Sabda Nabi s.a.w

"Yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir dengannya akan bersama-sama dengan para malaikat. Yang membaca al-Quran dan tergagap-gagap dan al-Quran amat payah ke atasnya maka baginya DUA PAHALA"

-Riwayat al-Bukhari-
Maksud mendapat dua kali pahala, iaitu (1) pahala membaca dan (2) pahala susah payah menghafalnya..

Baca al-Quran tanpa faham maksud apa faedahnya ??

Suatu pagi di hujung minggu, seorang budak bernama Mikail terdengar atuknya membaca Al-Quran. Sebaik sahaja atuknya selesai mengaji, dia terus menerpa ke atuknya lalu bertanya,

“Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?”.

Dengan tenang atuknya menjawab, “Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?”

Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia memberitahu bahawa beruntunglah atuknya itu sebab tahu membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran sedangkan dia hanya tahu membaca tapi tak faham langsung. Jadi tak ada faedah bagi dia membaca sebab tak faham. Serupalah jugak kalau kita membaca surat khabar bahasa jerman ke atau bahasa perancis. Baca boleh tapi apa pun tak faham.

Kemudian atuknya membawa Mikail ke luar rumah. Sampai sahaja di tasik berdekatan dengan rumahnya itu, disuruhnya Mikail untuk mengambil air dari tasik itu untuk diisi ke dalam baldi di hadapan rumahnya dengan menggunakan bakul sampah.

Mikail kehairanan memikirkan apa yang disuruh oleh atuknya itu. Namun tanpa berfikir panjang, dia lakukan juga. Selepas beberapa kali cuba, dia tidak dapat mengisi air ke dalam baldi tersebut. Mikail akhirnya berputus asa. Lalu dia pun berkata kepada atuknya,

“Atuk, dah banyak kali saya cuba tapi tak boleh jugak sebab air keluar daripada bakul ni. Macam mana?”

Kemudian atuknya memberitahu,

“Begitulah juga kalau kamu membaca Al-Quran tetapi tidak dapat menghayati isi kandungannya sebab tak faham. Meskipun baldi tersebut tidak dapat diisi, tapi bakul sampah tu tadi yang kotor sekarang sudah bersih. Begitu lah juga dengan hati kamu. Selagi kamu membaca Al-Quran, selagi itulah hati kamu akan sentiasa bersih.”

                       
¸¸.•*¨*•¸¸.•*¨¸¸.•*¨*•¸¸.•*¨¸¸.•*¨*•¸¸.•*¨¸¸.•*¨*•

~7 ayat ayat cinta~

Views
Assalamaualaiukum....
Sungguh Agung kalimah Allah dalam Al-Quran sehinggakan mampu 
memberi ketenangan kepada pembacanya dan pendengarnya...
malahan, si pendengar pun mendapat pahala....

lagi-lagi cinta...
pergilah mana mana pun, perkataan tersebut tidak lekang dari mulut sang teruna dan dara..urm...cinta...cinta...cinta..

apakah ungkapan yang selalu diungkapkan oleh mereka yang bercinta yerk???
saya pun tak pasti la, sebab cinta ni banyak kategori nye...

ada yang bercinta kerana wajahnya...
ada yang bercinta kerana hartanya....
ada juga yang bercinta kerana nafsu...
dan yang paling best cinta kerana Allah...

zaman sekarang ni susah nak jumpa cinta macam ni...kenapa...???
urm, setiap kali media ditayangkan kan mesti berkisarkan tentang cinta...
kita lihat pula pada inti pati cerita tersebut...
saya tak kata pape....anda sendiri boleh fikir...

jadi, seharusnya kita bertindak mengubah cara kita sendiri,nak tahu kenapa...
Islam tak memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan Islam..
kalau kita tak ada pun, Islam tetap agung di sisi Allah, tapi kitalah yang merana..

sesungguhnya Allah tidak zalim, tetapi manusialah yang menzalimi diri sendiri....
renung-renungkanlah..
 
kali ni saya nak share 7 ayat cinta~
 
(¯`´¯) ..•¨`* ܓ7 ayat cinta....~

Barangsiapa yang hafal dan me...ngamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan…

1. Bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah: jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataillahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah…


semoga kita bersama-sama mengambil iktibar...
wallahualam...






Monday, March 19, 2012

~pedang Islam yang paling tajam~

Views


Teknologi nano pandai besi di zaman Salahuddin Al-Ayyubi. Mata Pedang Damaskus lebih tajam dari Katana (Pedang Samurai). Latarbelakang menunjukkan pamor pada mata Pedang Damaskus.
 
Teknologi Damaskus menghasilkan pedang tertajam di dunia. Ketika Perang Salib, pasukan musuh dikejutkan oleh pedang yang dimiliki oleh orang Islam. Ia boleh menembusi baju zirah malah mampu membelah perisai.
Pedang Damaskus dikatakan mampu membelah sutera yang dijatuhkan ke atasnya, mampu mencantas dan memutuskan pedang lain atau batu tanpa mengalami kerosakan.
 
Saintis Barat telah lama mengkaji teknologi rahsia pembuatan mata pedang Damaskus. Pedang ini didapati memiliki seesuatu seperti lapisan kaca di atasnya. Ahli metallurgi cuba meniru, tetapi belum berhasil sepenuhnya. 

*************************************************************
·         Teknik pembuatan Pedang Damaskus begitu rahsia. Hanya beberapa keluarga pandai besi di Damaskus saja yang menguasai ilmu ini. Kini teknik pembuatan ini dianggap sudah hilang.
·          
·         Kajian Barat mendapati bahawa Pedang Damaskus dibuat dari besi waja 'wootz' yang kaya dengan nanotubes karbon. Bahan mentah ini dikatakan diimpot dari India. Kemudiannya, dikatakan bahawa bahan ini 'sudah pupus', menyebabkan Pedang Damaskus tidak mampu dihasilkan lagi.
·          
·         Diketahui bahawa besi waja Damaskus pada mulanya dihasilkan di India kemudian telah berkembang ke Syria. Nama Pedang Damaskus sebenarnya dinamakan oleh Tentera Salib, kerana mereka terjumpa satu senjata yang dibuat dari besi waja Damaskus, di bandar Damascus, Syria.
·          
·         Khabarnya, pengkaji di Universiti Dresden telahpun dapat mengetahui rahsia menghasilkan besi waja Damaskus iaitu karbon nanotubes. Mereka telah menganalisa Pedang Damaskus yang dibuat oleh pandai besi Assad Ullah. Mereka mendapat dana dari Muzium Sejarah Berne, Switzerland untuk buat kajian itu.Wallahualam.
·          
·         “..Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai
·          manfaat bagi manusia,(supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong(agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya.Sesungguhnya Allah maha kuat lagi maha Perkasa”
·              Surah Al-hadid, ayat 25.

~nasihat ringkas menghadapi result~

Views ASSALAMUALAIKUMMM...
urm...result dah nak keluar...
sudah tentu hati berdebar debar kan....???
kat sini ade pesanan ringkas untuk menghadapi keputusan especially SPM is around the corner...


Tentu berdebar-debar rasanya.  Berbagai-bagai perasaan datang menyerbu masuk ke dalam hati kecil mereka.  ’Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah’, mungkin itu agaknya yang sedang mereka hadapi kini.  Saya dan rakan-rakan sudah melalui pengalaman itu dan saya tahu apa yang sedang dilanda oleh adik-adik kita tatkala ingin berhadapan dengan situasi sebegini.

Kejutan akibat keputusan SPM ini bukan calang-calang juga kejutannya.  Kerana SPM adalah merupakan tiket besar untuk pelajar-pelajar menyambung pelajaran ke tempat yang lebih tinggi.  Malah, SPM selalu juga dianggap sebagai hitam atau putih masa depan seseorang.  Walaupun agak keterlaluan anggapan itu, tetapi tidak dinafikan terdapat juga kebenaran pada tanggapan itu walaupun mungkin sedikit.  Hakikatnya, usaha yang berterusan, sifat yang positif dan keizinan ALLAH adalah faktor yang utama dan valid dalam menentukan baik atau buruk masa depan seseorang.

Individu yang tidak mempunyai persiapan mental yang kukuh, barangkali bakal berhadapan dengan kejutan yang amat dahsyat.  Jika ia kejutan yang manis, maka dia boleh tersenyum.  Tetapi, jika ia kejutan yang pahit, maka beban perasaan yang terpaksa dihadapi olehnya boleh kadang-kadang membinasakan.  Bukan itu sahaja, malah dalam banyak situasi banyak jari, mulut dan mata masyarakat mula menunjuk ke arahnya dan menghukumnya.  Sungguh malanglah rasa dirinya…

Justeru, persiapan mental dan rohani mesti kuat untuk menangani kejutan ini!

1.  Perbanyakkan Ingat ALLAH

Adalah penting pada saat ini hati dalam keadaan tenang.  Untuk mendapat hati yang tenang dan sakinah, maka perlulah diperbanyakkan diri itu mengingati ALLAH.  Firman ALLAH Ta`ala yang bermaksud:
“Ketahuilah hanya dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang”  (Surah Ar-Ra`d, 13:28)
Apabila hati tenang, insyaALLAH kita akan rasional dan redha dengan semua situasi yang menyinggahi setiap fasa kehidupan kita.

2.  Syukur Jika Keputusan Baik, Sabar Jika Tidak.

Dalam menghadapi ujian kehidupan yang penuh dengan ketidaktentuan ini, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:
“Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman, di mana apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila ia ditimpa kesusahan, ia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.” (HR Muslim)
Jika keputusan yang baik diterima, maka bersyukurlah kepada ALLAH.  Sebaliknya, jika keputusan yang diterima tidak menepati harapan, malah meleset pula, maka bersabarlah.  Dengan bersabar, insyaALLAH banyak kebaikan akan datang.

3.  Redha Dengan Keputusan Yang Diterima, Jangan Berkalau-kalau Lagi

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:
“Jika kamu tertimpa sesuatu, janganlah mengucapkan, “Seandainya/kalaulah saya berbuat begini dan begitu” tetapi katakanlah, “ALLAH telah mentaqdirkannya”, apa yang telah dikehendakiNYA pasti akan terjadi, kerana sesungguhnya kata-kata “seandainya/kalaulah” itu membuka jalan bagi Syaitan.”  (HR Muslim)
Di dalam hadith di atas, kita disuruh agar tidak berkalau-kalau apabila telah berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Dalam situasi menghadapi keputusan SPM, janganlah kita berkata, “kalaulah dulu aku belajar rajin-rajin…”“seandainya aku baca topik ini dan itu…” dan seumpamanya.  Kerana ini akan menyebabkan kita didatangi perasaan yang sangat kacau, sedih, menyesal, gelisah dan murung.  Perasaan ini akan menatijahkan sesuatu yang lebih buruk kepada diri.  Dan Syaitan akan mula mengambil kesempatan untuk membisikkan perkara yang bukan-bukan untuk difikirkan dan dilakukan.

Sebaliknya, terimalah hakikat itu dan redhalah.  Bersifat positiflah.  Kuatkan Iman bahawa semua yang terjadi adalah semuanya sudah ditentukan ALLAH dan pasti mempunyai hikmah tertentu yang disembunyikan olehNYA, yang belum dinampakkan olehNYA kepada diri kita.  Seterusnya, mulakanlah rancangan untuk memiliki masa hadapan yang lebih cerah, sejak dari sekarang.

4.  Terimalah Hakikat, Tentu Ada Hikmah Di Sebaliknya

Di dalam surah al-Baqarah, ALLAH `Azza wa Jalla telah berfirman:
“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, padahal ia buruk bagi kamu, dan ALLAH  jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”  (Surah Al-Baqarah, 2:216)
Belum tentu apa yang kita sangka baik untuk kita, ia baik untuk kita.  Dan belum tentu apa yang kita tidak suka itu, tidak baik untuk kita.  Hanya ALLAH lah yang tahu tentang hakikat semua kejadian yang berlaku kepada kita dan sekeliling kita.  Sudah banyak kita dapati melalui berita, ada yang telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang di dalam peperiksaan, tetapi akhirnya terjelepuk jatuh kehinaan apabila belajar di luar negara berlesenkan keputusan tersebut.  Dan ramai juga telah kita baca kisah mereka atau kita jumpa sendiri orangnya yang berjaya dalam kehidupan mereka walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang di dalam sekolah atau universiti.  Justeru, tenangkanlah hati dan perhatikan betul-betul perkataan ALLAH di atas.  InsyaALLAH, kita akan mudah redho dan tenang menghadapinya.  Pokoknya, berbaik sangkalah dengan ALLAH dan redholah dengan apa-apa yang bakal diterima nanti.

Akhir sekali, walau apapun keputusan yang keluar nanti:  Sabar, syukur dan redhalah.

p/s: sementara masih ada masa ini....berdoalah  agar hati kita, ibu bapa dan guru menerima setiap keputusan yang telah ditetapkan oleh al-Khaliq... :-)

~8 jenis cinta menurut Al-Quran~

Views
 
Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu).
Kata Nabi juga,ciri dari cinta sejati ada tiga:
1. Lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
2. Lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
3. Lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri.
Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman-Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Alloh SWT daripada perintah yang lain.
Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:
1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.
2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an, kerabat disebut al arham, dzawi al arham, yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.
3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga mengambil seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.
4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.
5. Cinta ra’fah, yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi pezina (Q/24:2).
6. Cinta shobwah, yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan cerdik sungguh., wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33).
7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah-Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan-Mu. Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi.
8. Cinta kulfah. yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

Sunday, March 18, 2012

~antara tidur dan ibadah~

Views
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)


Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.


Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.


Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."


Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."


Wallahua'lam.