Followers

Sunday, March 4, 2012

~doa yang sangat mujarab~

Views


Untuk lebih meningkatkan doa agar dimakbulkan, mari kita amalkan doa-doa yang ma'tsur, doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw dan doa-doa yang diajarkan oleh ulama-ulama yang mengamalkannya.

Antara doa-doa tersebut ialah seperti di bawah ini:
 
 
 
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.



                                                                        Terjemah:

Ya Allah, Sesungguhnya daku adalah hambaMu dan anak hamba lelakiMu dan anak hamba perempuanMu,
Ubun-ubunku ditanganMu (Dikau boleh mematikan daku bila-bila masa),
Berlaku padaku hukum-hukumMu (semua tidak dapat daku elakkan),
Adil padaku keputusanMu (kerana dikau Maha Adil),
Daku memohon dengan segala nama yang Dikau miliki yang Dikau namakan dengannya pada Dirimu sendiri atau nama-nama yang Dikau turunkan dalam kitabMu atau nama-nama yang Dikau ajarkan pada sesiapapun makhlukMu,
Agar dapat Dikau jadikan al-Qur'an itu sebagai musim bunga hatiku (Penenteram hati, dan sentiasa diingat dan dibaca )
Dan cahya dadaku ( sentiasa menyedarkan sanubari untuk berbuat baik dan menjauhkan dari perkara mungkar )
Dan pelenyap kesedihanku ( ampunkan daku dengan bacaan al-Quran setelah daku melakukan dosa yang nista) dan kedukaanku ( pada segala mala petaka dunia yang membimbangkan dan bencana akhirat yang amat merunsingkan)

No comments:

Post a Comment