WASHINGTON – Minggu ini sekali lagi matahari dilanda ribut dan
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) merakamkan beberapa
foto perubahan planet itu yang dianggap begitu mankjubkan.
Balai Cerap matahari Dinamik NASA merakamkan perbezaan keadaan suhu
pada matahari menerusi rakaman foto paparan kekalutan yang
bermaharajalela sehingga mewujudkan satu permukaan lubuk pusaran ribut.
Beberapa letupan gergasi pada planet itu memberi kesan radiasi dan menggegarkan medan magnetik bumi.
“Kami masih belum menerima laporan dari bahagian operasi sistem
janakuasa, tetapi kemungkinan ianya muncul selepas ribut tamat,” kata
peramal cuaca angkasa lepas di Pusat Pentadbiran Peramal Cuaca Angkasa
Lepas dan Laut Kebangsaan, Buolder, Colorado, semalam.
Katanya, ribut itu telah mencapai tahap sederhana Khamis lalu, sebelum melonjak pada paras terkuat semalam.
Bagaimanapun, menurut para saintis ribut berkenaan hanya memberi kesan kepada teknologi dan tidak kepada manusia.
Lamam web pusat cuaca angkasa lepas memberitahu, kuasa ribut matahari
mampu mengganggu sistem voltan dan mencetuskan amaran palsu pada
alat-alat perlindungan, meningkatkan kelewatan satelit dan menjejejaskan
orientasinya.
Minggu ini, ribut berkenaan tidak menunjukkan kesan nyata terhadap
sistem elektronik atau teknologi utama tetapi wujud keadaan di mana
komunikasi radio berfrekuansi telah terputus selama dua jam melibatkan
pengoperasian radio amatur khasnya dari timur Afrika ke timur Australia.
Kosmo
No comments:
Post a Comment