Followers

Friday, March 2, 2012

~kenapa babi haram~

Views


KENAPA BABI HARAM?

Sebenarnya bagi kaum muslimin kenapa babi haram tidak perlu dipersoalkan. PADA KAUM MUSLIMIN babi itu haram adalah KERANA IANYA TELAH DIHARAMKAN OLEH ALLAH SWT.

KERANA ALLAH swt jualah yang berkuasa untuk menjadikan babi dan juga menjadikan hukumnya menjadi haram dan kemudian menjadikan babi itu mengandungi kuman-kuman yang tidak dapat dimatikan.

Bukankah ada tiga perkara yang berlainan dalam kenyataan di atas ;

1. Allah swt menjadikan babi.
2. Allah swt menghukumkan babi haram dimakan.
3. Allah swt menjadikan babi itu mengandungi kuman.

BABI HARAM KERANA ALLAH MENGHARAMKANNYA
Apabila Allah swt telah menghukumkan babi itu haram dimakan, walaupun Allah tidak menjadikan apa-apa kuman pun di dalam babi itu. babi itu tetap haram. Kerana ianya telah diharamkan oleh Allah swt.

Kemudian jika Allah swt tidak menghukumkan babi itu haram, tetapi babi itu tetap haram kerana ia mengandungi kuman yang tidak dapat dimatikan.

Tetapi JIKA TIDAK DIHARAMKAN OLEH ALLAH DAN KEMUDIAN ADA pakar Islam yang mengesahkan bahawa kuman babi boleh musnah dengan ubat-ubat tertentu, maka barulah pengharaman itu dapat diketepikan.

Tetapi Allah telahpun mengharamkan memakan Babi. Oleh itu babi tidak dapat dimakan walaupun telah disahkan kumannya hilang.





YOU TUBE DAN DAGING BABI
Baru-baru ini, kita boleh lihat dalam you tube maklumat mengenai mengapa babi haram. Iaitu cacing akan keluar dari daging babi jika disiram dengan coca cola, apabila Tetapi maklumat yang amat baik ini telah disabotaj oleh tangan-tangan kafirun yang durjana. Lalu mereka membuat filem-filem lain yang palsu mengenai babi ini dengan niat mahu mempermainkan umat Islam.
Sebenanya pada tidak susah untuk kita hendak memberhentikan mereka untuk memakan babi ini. Cukup dengan satu teori sahaja maka orang yang suka makan babi akan berhenti memakannya.



TEORI MUDAH PENGHARAMAN BABI
Teorinya yang lain ialah mungkin pengharaman babi ini adalah kerana babi itu berasal dari manusia. Kerana didalam al-Qur’an juga ada menceritakan mengenai ada manusia-manusia yang telah disumpah Allah menjadi Khinzir selain daripada kera. Lihat Surah al-Maidah 5 – ayat 60.

"katakanlah (Muhammad) "apakah akan aku beritahu kepadamu tentang orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang fasik) di sisi Allah? Yaitu orang yang dilaknat dan dimurkai Allah, diantara mereka ada yang jadi babi dan kera dan orang yang menyembah Taghut." Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus"


Lalu mungkin kita boleh menerangkan kepada mereka bahawa babi sebenarnya seperti kera. Ia mempunyai banyak persamaan dengan manusia. Cuba kita lihat badannya yang tidak berbulu itu, ianya hampir sama dengan manusia. Selain itu pakar-pakar perubatan juga banyak yang mengatakan bahawa anggota organ dalaman khinzir banyak yang menyerupai manusia. Oleh itu pakar-pakar perubatan ketika ini berlumba-lumba menggunakan anggota badan babi ini untuk dijadikan gantian tubuh manusia yang rosak.

Jika anda ceritakan perkara ini kepada non muslim, dan jika mereka orang yang beradab, maka mungkin mereka tidak akan lagi makan babi selepas ini.



KENAPA KERA TIDAK BOLEH DIMAKAN
Allahyarham ustaz penulis (semoga Allah swt merahmatinya) pernah mempersoalkan SECARA BERGURAU kepada pelajarnya kenapa beruk atau monyet tidak boleh dimakan. Katanya tidak ada dalam sunnah ataupun al-Qur’an yang melarang kita makan monyet.

Lalu dalam hati penulis mempersoalkan adakah Allahyarham Ustaz penulis ini tergiur untuk makan monyet. Tetapi persoalannya itu berhenti sampai di sana sahaja.

Lalu penulis dengan secara bergurau juga menjawab MUNGKIN BERUK ITU PADA ASALNYA IALAH MANUSIA. ( kerana penulis teringat tentang peristiwa hari Sabtu yang mana sebahagian kaum dari Bani Israel telah disumpah menjadi monyet)

Allahyarham ustaz penulis terdiam. Lalu persoalannya terhenti sampai di sana sahaja.



Alasan Pengaharaman


Sebenarnya alasan pengharaman tidak perlu logik, dan tidak perlu terbukti, asalkan pengharaman itu kita yakin ianya dari dalam al-Qur'an dan dari Nabi Muhammad saw, ianya sudah cukup bagi umat Islam.

Kita yakin bahawa Allah swt adalah bebas untuk menciptakan akibat perlanggaran yang kita lakukan. Samada Allah akan menciptakan satu penyakit baru atau Allah swt akan membuat umur pendek dan sebagainya, ianya terpulang kepada Allah swt. atau Allah swt tidak akan menampakkan akibat atau bahaya pelanggaran yang kita buat itu, tetapi hanya akan membalas pelanggaran yang kita buat itu di akhirat nanti.

UJIAN

Namun walaupun bahayanya tidak ditunjukkan oleh Allah swt, kita umat Islam yang benar-benar beriman, masih tetap tidak akan melanggar peraturan Allah swt, Kerana kita yakin bahawa setiap pengharaman atau setiap perintah itu sebenarnya adalah satu ujian dari Allah swt untuk menguji siapa hambanya yang taat dan baik, dan siapa pula hambanya yang kufur engkar lagi durjana.

Bagi hamba-hambaNya yang taat Allah swt berjanji akan memasukkan mereka ke dalam syurga. (mudah-mudahan Allah swt memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang yang taat)

Manakala bagi yang kufur engkar akan diseret kedalam neraka ( Wa iyadzu billahi min dzalik)








No comments:

Post a Comment