Followers

Thursday, January 19, 2012

Doa Minta Bala Pada Orang Zalim.

Views
Bismillahirrahmanirrahim.....
Jangan terkejut apabila membaca tittle tersebut...kita hanya membahaskan tajuk tersebut..tatkala anda membaca tittle itu, conform anda tengah terfikir tentang diri anda yang mana orang disekeliling anda berbuat jahat terhadap diri anda....betul x???kalau x betul, baguslah  bermakna anda membaca artikel ini untuk menambah pengetahuan dalam diri anda...

soalan: Al Fadhil ustaz Asri, saya menghadapi tekanan di tempat kerja. Ada seseorang yang sering membuat berbagai tuduhan dan mengadakan cerita yang bukan-bukan tentang diri saya, Demi Allah semua tuduhan itu tidak benar. Saya amat tertekan sehinga berfikir ingin berdoa kepada Allah memberikan bala kepadanya.Tetapi ada orang memberitahu saya tidak boleh berdoa macam itu sesama muslim.Saya amat sakit dengan kezalimannya. Bolehkah saya berdoa supaya Allah memberikan balasan kepadanya?
                                                                                                                      -Azman Klang-

JAWAPAN:
Semoga Allah memberikan kesabaran dan pahala atas ujian yang menimpa saudara. Percayalah segala kesakitan hidup di dunia ini, jika kita redha dengan Allah maka ia akan menjadi kebaikan dan ganjaran besar di akhirat kelak. Untuk soalan saudara di sini saya nyatakan beberapa perkara:

1-Sesiapa shj menzalimi orang lain, maka akan ada pembalasan Allah ke atasnya sekalipun insan dizalimi itu telah meninggal dunia atau gagal bertindak apa-apa.Allah tidak lupa perbuatan mereka yang zalim.Akan ada hari mendatang di mana si zalim akan tetap dibalas Allah  dengan cara yang dikehendaki-Nya. Jika tidak di dunia, di akhirat tetap menanti. Dosa itu akan tetap ditanggung oleh si zalim. Akan tetap tiba hari yang maha adil untuk semua. 

Sabda Nabi SAW: "Segala hak akan dibayar kepadaempunya pada hari kiamat sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri bertanduk atas perbuatannyakeatas biri-biri yang tidak bertanduk". (riwayat Muslim).

2-Jika benar saudara dizalimi, saudara tidak akan disia-siakan pada hari akhirat kelak. si zalim pula akan beradapan dengan mahkamah Allah di Mahsyar nanti.Amalan baiknya akan saudara perolah, jika tidak dia akan menanggung dosa saudara.

Sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (sesama muslim) seperti terhadap maruah dan selainya, mintalah halal pada hari sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (hari kiamat). sekiranya baginya kebaikan(amalan soleh) maka aan diambil daripadanya dengan kadar kezaliman. jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dos orang yang dizalimi lalu ditanggung keatasnya".
 (Riwayat Bukhari)

3-Berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW pernah berdoa agar Allah mengambil tindakan keatas musuh-musuh Islam. Banyak hadis mengenai hal tersebut antaranya doa keatas kumpulan Quraisy yang menzalimi baginda: "Ya Allah, ambillah tindakan-Mu ke atas Quraisy".
(Riwayat Bukhari)

4-Adapun sesama Muslim perkara yang patut didahulukan- jika mampu- adalah memaafkan atau memohon hidayah agar diberikan kepada si zalim.


Sabda Nabi SAW: "Sedekah tidak akan mengurangkan harta, Allah akan tambah kemuliaan untuk seseorang hamba disebabkan kemaafannya dan tiada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkatnya"
(Riwayat ibn Khuzaimah dalam sahihnya)


5-Adapun jika saudara mahu juga berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya, maka perkara tersebut tidaklah salah. Pastikan dahulu memang saudara dizalimi dan perbuatan individuberkenan memang terbukti dan zalim.


Dalam hadis riwayat  Imam Muslim menyebut : Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hari  Nabi melihat anak yatim tersebut  Baginda bersabda: "oh, awak dah besar pun. Umur awak takkan membesar lagi ". Anak yatim tersebut kepada Umm Sulaim dan menangis: "Kenapa wahai anakku?" Kata gadis itu: "Nabi Alah SAW telah mendoakan keburukkan keatasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya.
       
      Maka Umm Sulaim keluar tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah SAW. Maka Rasululah SAW pun bersabda: "Kenapa wahai Umm Sulaim?". Kata Umm Sulaim : "Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan keatas anak yatimku?". Bainda bertanya: "Apa dia wahai Umm Sulaim?". Kata Umm Sulaim: " Anak yatimku mendakwa bahawa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar".
       
      Rasulullah pun ketawa kemudian bersabda: " Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tah syaratku untuk Tuhanku, Aku berkata: "Sesungguhnya aku manusia, aku redha seperti mana manusia redha, aku marah sepertimana manusia marah. Justeru sesiapa sahaja umatku yang mendoakan keburukan keatasnya dengan, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara mendekatkannya dengan Allah pada hari kiamat nanti."
      
       Gurauan Nabi SAW telah merisaukan Umm Sulamah.Nabi SAW menjelaskan bahawa doa itu tidak akan menimpa gadis itu kerana gadis itu tidak layak. Ertinya , jika sesiapa yang layak maka doa itu akan menimpanya.

6-Dalam Riwayat Imam Muslim seorang sahabat besar Rasulullah SAW iaitu Sa'id bin Said telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwid bin Aus yang menfitnah beliau mengambil tanahnya serta mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan al-Hakam. Sa'id bin Zaid berdoa:

" Ya Allah! jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia di dalam tanahnya".  


Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh didalam lubang dalam tanahnya dan meninggal.


     Dalam Riwayat Bukhari pula menceritakan ada penduduk Kufah yang mempertikaikan kepimpinan Gabenor mereka Sa'ad  Abi Waqqas sedangkan beliau seorang sahabat Nabi SAW yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah Umar mengambil tindakan bagi menggantikan Sa'd Abi Waqqas dengan Ammar bin Yasir.

     Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa'd kecuali di Masjid Bani Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut...

"Sesungguhnya Sa'd tidak menyertai peperangan, tidak membahagi harta secara saksama dan tidak adil dalam hukuman".


Sa'd menjawab:
"Demi Allah aku aan berdoa dengan tiga perkara: "Ya Allah! Jika hamba-Mu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangan kekafirannya dan dedahkan dia kepada fitnah".


     Maka lelaki tersebut hidup dalam kekafiran sehingga umur terlalu lanjut tapi masih menganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.


7-Doa-doa di atas jika kita lihat mereka tidak terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim, sebaliknya diikat dengan ungkapan "Ya Allah jika dia berdusta maka***" atau mungkin kita sebut "jika dia telah menzalimiku maka***". Ini kerana kita mungkin tersalah anggap atau tersilap tafsiran maka wajarlah kita berlapik kata dalam hal ini dan serahkanlah kepada Allah yang Maha Berkuasa.


8-Kita hendaklah sentiasa bimbangkan doa orang yang kita zalimi. Akan ada masanya Allah memustajabkan doa insan yang dizalimi lalu membalasnya kepada si zalim.
sabda Nabi: "takutlah kamu doa orang yang dizalimi,sesungguhnya antarany dengan Allah tiada hijab".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
     Dalam riwayat Ahmad, Baginda bersabda: tautlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipundia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab untuk Allah menerimanya. (hadis ini dinilai hasan oleh Al-Bani)


     Ertinya walaupun insan yang dizalimi itu mungkin tidak baik agamanya, tetapi perbuatan orang lain menzalimi nya tetap akan Allah balas. Dosa individunya itu urusannya sendiri. Dosanya itu tidak memberi lesen kepada orang lain untuk menzaliminya. Maka sewajarnya kita berhati-hati dalam setiap perbuatan....Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.



6 comments: