Imam Nawawi lahir di desa Nawa di daerah khauran sebelah selatan kota
Damsyik pada bulan Muharram 131 H. Beliau hidup di kelurga yang sangat
menghargai ilmu dien. Alloh Subhanahu wa Ta’ala memberikan kepada
beliau kecintaan kepada ilmu dan hafalan Al quran. Dengan dukungan ayah beliau,
imam nawawi memperoleh kemulian besar dalam kehidupan ilmiah.
Imam Nawawi pindah ke Damsyik, tinggal di madrasah untuk menuntut ilmu.
Beliau sangat tekun menuntut ilmu agama, hafal ‘at tanbih’ dalam waktu 4,5
bulan, di bulan sisanya di tahun itu beliau menghafal rab’ul muhadzdzab. Beliau
belajar ilmu terus menerus hingga menjadi ulama besar dalam fiqh madzhab Syafi’i,
dalam bidang hadits dan bahasa.
Imam Nawawi dikenal sebagai seorang alim rabbani, zuhud dalam dunia, wara’
dan beliau hampir tidak pernah berpaling dari ketaatan, kuat dalam amar ma’ruf
nahi munkar, menasehati penguasa, tidak takut celaan orang karena Alloh Subhanahu
wa Ta’ala.
Beliau memiliki kedudukan yang tinggi yang dikenal oleh ulama di jamannya.
Berkaitan dengan ini Syaikh ibn farh menyatakan bahwa Imam Nawawi memiliki tiga
derajat yang satu derajatnya saja sangat berat dicapai oleh orang lain, yaitu
ilmu, zuhud dan amar ma’ruf nahi mungkar.
Wafat beliauNawawi meninggal pada tanggal 14 Rajab 176 H di Nawa. Umur Imam Nawawi memang tidak panjang, tidak lebih dari 45 tahun, meskipun demikian usia yang tidak panjang itu penuh barakah. Umur yang tidak panjang itu, beliau habiskan untuk ibadah, ketaatan, mengajar dan menulis.
Karya Imam Nawawi
Beliau mewariskan peninggallan yang berharga dalam beragam ilmu-ilmu agama, yang dapat dibaca oleh para penelaah, dan pembaca. Disaat beliau diberi kekuatan pemahaman dalam memahami nash, ilmu fiqh, ushul fiqh, mustholah, bahasa dan bidang ilmu yang lain. Diantara karangan beliau adalah Minhaj fi syarah shahih Muslim, Taahdzibul asma’ waal lughoh, Minhajuj tholibin, Ad daqoiq, Tashhihul tanbih fi fiqhil asy syafi’iyah, Taqrib wa tahsin fi mushtolah al hadits, Riyadhus shalihin min kalamisayidil mursalin dan tulisan-tulisan lain yang masih banyak.
Namanya ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al Nawawi. Dilahirkan
di Nawa sebuah wilayah di Damsyik Syam pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah.
Kebolehan menghafaz Al-Quran sejak kecil lagi. Pada tahun 649 Hijrah, ketika
berusia lingkungan sembilan belas tahun telah pergi ke kota Damsyik untuk
belajar. Mendalami ilmu di madrasah al-Ruwahiyyah atas tanggungan madrasah itu
sendiri.
Karangannya adalah banyak, di antara kitabnya yang begitu popular dalam
pengajian ilmu ialah Matan al-Arbain (hadis 40), Riyadhus Salihin, Syarah Sahih
Muslim dan al-Adhkar. Di Indonesia nama beliau terkenal dengan kitabnya
“Minhajut Thalibin”, sebuah kitab fiqih dalam madzhab Syafi’i yang banyak
dipelajari di sekolah-sekolah dan pesantren-pesantren di tanah air.
Kehidupannya dihabiskan kepada bakti dan khidmat
suci terhadap penyebaran dam perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Makan
minumnya hanya sekali dalam sehari, sekadar memelihara kesihatan badannya. Juga
tidak sangat menghiraukan akan soal pemakaian dan perhiasan, cukuplah apa yang
memadai sahaja. Tidak juga gemar akan makan buah-buahan kerana khuatir akan
mengantuk yang akan mengganggu tugas sehariannya.
Seorang yang begitu bertakwa menurut erti kata sepenuhnya, wara’nya dan
kebersihan jiwanya. Seorang ulama’ yang amatlah suka ditemui. Ada juga riwayat
yang mengatakan bahawa keengganan beliau untuk makan buah-buahan di Damsyik itu
bukan hanya khuatir akan mengantuk tetapi kerana buah-buahan di Damsyik dikala
itu terlalu banyak mengandungi syubhat.
Sepanjang hayatnya sentiasa istiqamah dalam menjalankan kewajipan
menyebarkan ilmu dengan mengajar dan mengarang di samping senantiasa beribadah
di tengah-tengah suasana hidup yang serba kekurangan, sehingga hidupnya
dilingkungi oleh usaha dan amal saleh terhadap agama, masyarakat dan umat.
Beliau pernah diusir keluar dari negeri Syam oleh sultan al-Malik al-Zahir
yang tidak senang akan fatwa yang dikeluarkan olehnya. Beliau bukanlah seorang
ulama’ yang mencari kebenaran untuk dirinya sahaja, beliau hidup di dalam
masyarakat. Beliau tidak menjual ilmu yang dimiliki dengan harta benda dunia.
Beliau mencurahkan ilmu kepada masyarakat ummat. Beliau memimpin ummat bukan
ummat yang memimpin beliau. Mengeluarkan fatwa tanpa memandang sesiapa,
walaupun fatwanya itu meyusahkan kedudukannya. Inilah contoh ulama’ pewaris
nabi (warithatul anbiya’).
Sepanjang hayatnya banyak menulis, mengarang, mengajar dan menasihat. Inilah
yang telah mengangkat ketinggian peribadinya dan dikagumi. Imam Nawawi wafat
pada 24 Rejab 676 Hijrah, dan dimakamkan di Nawa, setelah sekian lama beliau
hidup dengan membujang tidak beristeri di tengah-tengah suasana masyarakat
Damsyik dan telah berjaya menyumbangkan tenaga fikiran dan ‘ilmunya kepada
agama Islam dan umatnya. Sekianlah, mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmatnya
ke atas beliau. Amin.
Kitab-kitabImam Nawawi yang terkenal
1. Syarah sahih muslim,
2. Riyadhus Salihin,
3. Al-Adzkaar,
4. Al-Tibyan fi adab hamalat al-Quran,
5. al-Irsyad wa al-Taqrib fi ‘Ulum al-Hadith,
6. al-Aidah fi Manasik al-Hajj,
7. Al Majmu’ Syarah Muhazzab,
8. al-Raudah,
9. Tahdhib al-Asma’ wa al-Lughat,
10. al-Minhajut Thalibin
11. Matan al-Arbain
1. Syarah sahih muslim,
2. Riyadhus Salihin,
3. Al-Adzkaar,
4. Al-Tibyan fi adab hamalat al-Quran,
5. al-Irsyad wa al-Taqrib fi ‘Ulum al-Hadith,
6. al-Aidah fi Manasik al-Hajj,
7. Al Majmu’ Syarah Muhazzab,
8. al-Raudah,
9. Tahdhib al-Asma’ wa al-Lughat,
10. al-Minhajut Thalibin
11. Matan al-Arbain
FATWA IMAM NAWAWI YANG MENGGEMPARKAN
Menurut riwayat bahawa apabila baginda sultan al-Malik al-Zahir telah
mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar (monggol) lalu
digunakanlah fatwa ‘ulama yang mengharuskan mengambil harta rakyat untuk
kepentingan perang melawan musuh. ‘Ulama fiqh negeri Syam telah menulis
menerangkan fatwa tersebut, tetapi baginda belum merasa senang hati kalau imam
Nawawi tidak memberi fatwanya. Lalu baginda bertitah “Masih adakah lagi orang
lain”. “Masih ada, al-Syaikh Muhyiddin al-Nawawi” – demikian jawapan yang
disampaikan kepada baginda.
Kemudian baginda menjemput Imam Nawawi dan meminta beliau memberi fatwanya
bersama ‘ulama fiqh mengenai pengambilan harta rakyat untuk peperangan. Beliau
berterus terang tidak mahu memberi fatwanya dan enggan. Baginda bertanya:
“Apakah sebabnya beliau enggan?” Lalu beliau memberi penjelasan mengapa beliau
terpaksa menerangkan sikapnya dan keenggannya memfatwakan sama seperti para
‘ulama. Beliau dalam penjelasan kepada baginda menerangkan seperti berikut!
Ampun Tuanku! Adalah patik sememangnya mengetahui dengan sesungguhnya
bahwasanya tuanku adalah dahulunya seorang tawanan tidak ada sebarang harta
benda. Tetapi pertolongan Allah telah dilimpahkan kurnianya kepada tuanku
dengan dijadikan tuanku seorang raja. Ampun Tuanku! Adalah patik telah
mendengar bahawanya tuanku ada memiliki seribu orang hamab tiap-tiap seorang
ada mempunyai beberapa ketul emas. Manakala dua ratus orang khadam wanita milik
tunaku, masing-masing mempunyai perhiasan yang bernilai. Andaikata tuanku
sendirian membelanjakan kesemua itu untuk keperluan pernag sehingga mereka
tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka patik bersedia memberi fatwa untuk
membenarkan tuanku mengambil harta rakyat.
Kesimpulannya, beliau berfatwa tidak membenarkan baginda mengambil harta
rakyat selama kekayaannya sendiri masih dapat dipergunakan. Baginda al-Malik
al-Zahir murka kepadanya kerana fatwanya yang amat menggemparkan sehingga
baginda mengeluarkan perintah supaya beliau segera keluar dari Damsyik. Imam
Nawawi terima saja perintah pengusirannya itu dengan nada yang tenang. Lalu
beliau pun keluar ke Nawa. Para ‘ulama Syam telah berusaha menjemput beliau
balik semula ke Damsyik, tetapi beliau enggan dengan berkata: “Saya tidak akan
balik ke Damsyik selama baginda masih berkuasa”.
(Sumber rujukan asal, HADIS EMPAT PULUH, Cetakan Dewan Pustaka Fajar)
(Sumber rujukan asal, HADIS EMPAT PULUH, Cetakan Dewan Pustaka Fajar)
No comments:
Post a Comment