Followers

Tuesday, January 24, 2012

sayang isteri tinggal-tinggalkan...???

Views




ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Biasa kita dengar perumpamaan... "sayang anak pukul-pukulkan, sayang isteri tinggal-tinggalkan". Namun dalam konteks perkahwinan hari ini dengan pelbagai rencam dihadapi pasangan, isteri juga nampaknya perlukan treatment sama seperti anak-anak. Mereka perlu "ditangan-tangankan" agar tidak tersasar dari landasan dan matlamat perkhwinan itu sendiri. Bagaimanapun sang suami tidak seharusnya menyalahgunakan kuasa mereka, apatah lagi mengambil kesempatan atas kekurangan isteri kerana sesungguhnya sebaik-baik kesenangan itu ialah seorang wanita solehah


Pada konteks hari ini, apa yang saya lihat oleh mata kepala saya sendiri adalah golongan lelaki telah menyalah gunakan kuasa mereka....seperti sedia maklum di dalam al-Quran menyatakan bahawa 

"lelaki yang baik untuk perempuan yang baik manakala lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat, wanita yang baik untuk lelaki yang baik manakala wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat".


siapa boleh sangkal ayat Allah??? tugas utama lelaki adalah mendidik kaum hawa agar tetap di jalan Allah, tapi apa yang saya lihat adalah wanita menjadi mangsa keganasan oleh kaum lelaki...


Lelaki bersultankan nafsu amarahnya melepaskan segala kemarahan kepada isteri yang tidak bersalah...
tiada kelembutan dalam pertuturanya, tiada manis dalam ucapannya, tiada sifat tolak ansur dalam tindakannya...tahu-tahu saja tali pinggang sudah di tangan, badan anak isteri sudah birat-birat dan luka-luka...apakah patut perangai seorang lelaki terhadap isterinya...lelaki sedemikian terlalu egois!!!


ok...untuk anda lebih faham peristiwa sedemikan....saya ada cerita:


Adam dan Hawa bekerja sama tempat.Apabila pulang dari tempat kerja sudah tentu perut mereka lapar kan??? Dalam keadaan yang penat si Hawa masak untuk makan tengah hari, sedang makan si Adam sangat marah apabila masakannya itu tidak ada rasa garam...mungkin terkurang garam agaknya...dengan perasaan geram dan barannya tu...si Adam telah memuntahkan nasi di dalam mulutnya kewajah isterinya...


adakah patut Adam buat sedemikian??? tidak bolehkah seandainya Adam bersabar dengan kecuaian isterinya itu...tiada seorang pun didunia ni yan perfect, right! bagi saya tindakan tersebut amat kurang ajar... adakah dia menganggap isterinya itu patung yang tidak mempunyai perasaan? atau haiwan ?
perlulah Adam ingat bahawa Adam sudah termasuk golongan orang yang menzalimi...


Layanan sepatutnya kepada isteri:

Suami banyak memberi kata muktamaddalam apa jua keputusan dan jarang sekali mengajak isteri berbincang, sedangkan Islam menganjurkan persamaan hak. Allah sendiri menyatakan dalam Al-Quran yang Dia tidak melebihkan seseorang dengan seseorang melainkan dari segi takwanya.Namun suami enggan merendahkan egonya membuatkan isteri berasa tertekan.


     Menurut pembacaan saya tentang Rasulullah, Baginda selalu menyenankan isteri Baginda dengan membantu melakukan hal rumah tangga. Namun bagi Baginda, sediitpun tidak menjatuhkan martabatnya sebagai seorang Rasul maupun seorang lelaki...Baginda pernah berkata bahawa: "sebaik-baik lelakiadalah yang paling baik dan paling lemah lembut-lembut terhadap isterinya...


     Hampir 90% kerja rumah dilakukan oleh isteri seperti membasuh,memasak, dan mengurus anak. Malah anak sakit isteri juga yang akan mengambil cuti menjaga anak., keadaan ini boleh mendera isteri, namun tidak ramai suami yang memahami, malah ada yang mengambil jalan mudah mencari pasangan baru apabila isteri yang selalu kepenatan tidak 'melayan' mereka.


     Sehubungan dengan itu, dalam soal rumah tangga,model yang sepatutnya dijadikan adalah RasulullahSAW. Baginda sentiasa mengasihi isterinya dan tidak pernah bermasam muka, memberi layanan baik serta mengungkap kata ersopan dan berhemah.


     Diriwayatkan Saidatina Aisyah: "satu malam beliau terlelap ketika sedang menunggu Rasulullah pulang dari masjid. Apabila tersedar pada tengah malam, beliau mendapati Rasulullah belum pulang. Sebaik sahaja beliau membuka pintu,didapati Rasulullah tidur di muka depan pintu. Beliau mengejutkan Baginda lalu bertanya mengapa Rasulullah tidur di luar rumah? Baginda meminta maaf kepada Aisyah kerana terlewat pulang dan tida sampai hati untuk mengejutkan Aisyah yang tidur di dalam rumah."


     Begitulah peribadi Rasulullah dalam rumah tangganya...Baginda bersikap demikian tidak langsung menjejaskan peribadi dan maruahnya, malah makin dihormati...


Gentlemen dalam Islam...

     Selalunya, isteri ingat tarikh penting seperti tarikh lahir, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya, tetapi suami jarang-jarang ingat. jika hal ini dapat dilaukan sang suami dapat memaniskan perkahwinan apatah lagi yang sudah berpuluh tahun melayari alam perkahwinan.


     Rasulullah adalah contoh terbaik, menyayangi isteri dan membuat panggilan manis dan manja kepada isteri-isterinya. Panggilan manja mempunyai daya penari yang kuat untuk melunakan hati perempuan. Apabila mereka marah, 'kepanasan' itu boleh disejukkan dengan 'air' penggilan manja.


     Diceritakan dalam hadis bahawa Saidatina Aisyah ada berkata: "sesungguhnya surah yang mula-mula sekali yang ku pelajari daripada Al-Quran adalah surah Taha. Jika aku membaca membaca "Taha....tidaklah kami turunkan al-Quran itu untuk kamu menjadi celaka"
bersanda Nabi SAW: Kamu tidak akan menjadi celaka wahai Aisyah"


Bahkan jika diperhatikan kepada hadis lain antara tindakan Baginda  menegur isterinya yang melakukan kesilapan, maksudnya: "ketika Aisyah sedang marah, Nabi SAW memicit hidungnyalalu berkata: "ya Uwaisy, katakanlah; Ya Allah yang merupakan Tuhan Muhammad. Ampunilah untukku dasaku dan hilangkan kekerasan hatiku dan selamatkan aku daripada fitnah yang menyesat".
Dari hadis ini dapat kita lihat bagaimana Rasulullah bijak dalam mengerus psikologi isterinya dalam menegur...

 

No comments:

Post a Comment