sekali ku melangkah
mataku terpukau keindahan ciptaan Tuhan
hatiku terpaut
mataku terlena
hampir sahaja aku lupa niatku sebenar
badanku hampir rebah
akalku telah asyik
kakiku menggeletar
sekali sekali terdengar bisikan
menyesatkan hati dan jiwa
memerangkap aku ke lembah zina
berhubung mesra tanpa ikatan
berbicara tentang hati
hingga aku lupa fajar semakin menyinsing
aku tidak baik seperti malaikat
malah aku sering tergoda dengan nikmat dunia
sering mencampakkan aku ke lembah dosa
aku bersyukur
aku kenal Islam...
benteng hidupku sinar cahayaku
aku kekal dalam Rahmat-Nya
walaupun sering hati terusik
dengan perasaan rindu dan sayang
aku masih teguh berdiri
menyimpan hasrat hati
biarlah rahsia...
agar perasaan ini tetap suci
tidak akan aku kotori dengan maksiat
yang membuat aku terluka kemudian hari...
hati ini hanya untukknya..
yang berhak memiliki...
No comments:
Post a Comment