Followers

Monday, March 19, 2012

~pedang Islam yang paling tajam~

Views


Teknologi nano pandai besi di zaman Salahuddin Al-Ayyubi. Mata Pedang Damaskus lebih tajam dari Katana (Pedang Samurai). Latarbelakang menunjukkan pamor pada mata Pedang Damaskus.
 
Teknologi Damaskus menghasilkan pedang tertajam di dunia. Ketika Perang Salib, pasukan musuh dikejutkan oleh pedang yang dimiliki oleh orang Islam. Ia boleh menembusi baju zirah malah mampu membelah perisai.
Pedang Damaskus dikatakan mampu membelah sutera yang dijatuhkan ke atasnya, mampu mencantas dan memutuskan pedang lain atau batu tanpa mengalami kerosakan.
 
Saintis Barat telah lama mengkaji teknologi rahsia pembuatan mata pedang Damaskus. Pedang ini didapati memiliki seesuatu seperti lapisan kaca di atasnya. Ahli metallurgi cuba meniru, tetapi belum berhasil sepenuhnya. 

*************************************************************
·         Teknik pembuatan Pedang Damaskus begitu rahsia. Hanya beberapa keluarga pandai besi di Damaskus saja yang menguasai ilmu ini. Kini teknik pembuatan ini dianggap sudah hilang.
·          
·         Kajian Barat mendapati bahawa Pedang Damaskus dibuat dari besi waja 'wootz' yang kaya dengan nanotubes karbon. Bahan mentah ini dikatakan diimpot dari India. Kemudiannya, dikatakan bahawa bahan ini 'sudah pupus', menyebabkan Pedang Damaskus tidak mampu dihasilkan lagi.
·          
·         Diketahui bahawa besi waja Damaskus pada mulanya dihasilkan di India kemudian telah berkembang ke Syria. Nama Pedang Damaskus sebenarnya dinamakan oleh Tentera Salib, kerana mereka terjumpa satu senjata yang dibuat dari besi waja Damaskus, di bandar Damascus, Syria.
·          
·         Khabarnya, pengkaji di Universiti Dresden telahpun dapat mengetahui rahsia menghasilkan besi waja Damaskus iaitu karbon nanotubes. Mereka telah menganalisa Pedang Damaskus yang dibuat oleh pandai besi Assad Ullah. Mereka mendapat dana dari Muzium Sejarah Berne, Switzerland untuk buat kajian itu.Wallahualam.
·          
·         “..Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai
·          manfaat bagi manusia,(supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong(agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya.Sesungguhnya Allah maha kuat lagi maha Perkasa”
·              Surah Al-hadid, ayat 25.

No comments:

Post a Comment