Mi segera merupakan salah satu makanan yang paling mudah ditemui,
praktikal, dan disukai ramai orang kerana rasanya yang enak. Daya
simpannya yang lama juga membuat mi segera kerap menjadi pilihan untuk
mereka yang tinggal sendiri, namun tak punya masa untuk memasak.
Meskipun begitu, terlalu banyak mengambil mi segera disinyalir akan
menimbulkan banyak kesan negatif bagi tubuh oleh kerana kandungan bahan
pengawet atau penyedap rasanya. Kemudian, selain kandungan karbohidrat,
mi segera tak cukup mempunyai kandungan vitamin, mineral, atau serat,
yang bermanfaat bagi tubuh. Sehingga, pada dasarnya mi segera tidak
cukup mempunyai nutrisi bagi keseimbangan gizi tubuh manusia.
“Namun yang paling berbahaya adalah adanya kandungan bahan pengawet,
MSG (monosodium glutamat), dan bahan pewarna makanan yang ada di dalam
mi segera,” ungkap dr Patricia Wijaya, doktor ahli kecantikan dari
Beauty Inc. kepadaKompas Male, usai pelancaran produk mi segera baru di
Switzerland Bel Hotel, Jakarta Pusat, Minggu (8/1/2012) lalu.
Kandungan bahan berbahaya dalam mi segera ini didapati daripada
proses pengolahan sampai proses pengawetan yang dilakukan dengan cara
menggoreng mi sampai kering. Proses penggorengan biasanya menggunakan
minyak goreng, yang membuat air rebusan menjadi keruh dan sedikit
berminyak ketika direbus.
“Ramai orang yang mengatakan bahawa air rebusan pertama ini harus
dibuang agar pengawetnya hilang. Namun sebenarnya zat pengawet ini tidak
akan hilang,” tegas dr Patricia.
Air rebusan mi segera yang pertama akan mengeluarkan minyak dan bahan
kimia lain yang mungkin digunakan untuk membuatnya. Namun, bahan
pengawet dan kandungan lain yang berbahaya bagi kesihatan ketika diolah
lebih lanjut ini tidak akan hilang 100 peratus. Ia hanya akan berkurang
sedikit ketika air rebusan pertama dibuang.
Kandungan minyak, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna masih akan
tetap melekat pada mi segera meski kadarnya sudah berkurang beberapa
peratus. Perlu anda ketahui, penggunaan bahan pengawet tak selamanya
membahayakan, kerana pengeluar mi segera tentunya harus mengikuti
standard yang selamat yang ditetapkan Badan Pengawas Obat dan Makanan
(BPOM).
Namun kandungan bahan kimia ini masih berpotensi untuk menyebabkan
berbagai gangguan kesihatan apabila diambil secara rutin. “Kesan yang
dirasakan memang adalah kesan jangka panjang, contohnya gangguan
pencernaan, konstipasi, sampai kanser pencernaan, dan lain-lain,”
tegasnya.
Dalam jangka panjang, bahan kimia tersebut juga akan sangat berbahaya
bagi kecantikan wajah dan kulit. Kulit menjadi lebih kering, yang kelak
akan menimbulkan pelbagai gejala penuaan awal. Selain itu, mi segera
juga akan merosakkan program diet anda, kerana kadar kalorinya tinggi.
Sekali lagi, boleh-boleh saja menikmati mi segera, tetapi sebaiknya
tidak diambil terlalu kerap. Jangan menjadikan mi segera sebagai makanan
utama, melainkan sebagai jajanan selingan saja. Tetaplah mengambil
makanan dengan gizi seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari, dan
makan malam.
saya xmkn mee segera >.< tapi.. nice sharing... saya baru tau ttg ni.. :D
ReplyDelete