~kehidupan~
Views
Kehidupan
kita bagaikan sebuah sungai yang mengalir dalam satu perjalanan yang
panjang. Sepanjang melalui perjalanan itu, kita menempuh pelbagai
pengalaman yg membentuk sejarah hidup. Kita menghadapi banyak tentangan,
sekali gus banyak bimbingan. Semua ini menjadikan kita manusia yg
bersedia menghadapi segala persoalan. Keadaan hidup yg semak...ini
susah pd zaman ini menjadikan kita mudah terperosok dan jatuh dalam derap
kehidupan yang kian mencekik. Kesukaran ekonomi yang kian menjerat kehidupan
mewujudkan banyak pengangguran, kerusuhan dan tingkah laku yg
menyesatkan. Ini semua boleh mendekatkan org kpd kekufuran.
Sesungguhnya, ALLAH SWT sentiasa memberi pertolongan kpd sesiapa sahaja
yg mendekatiNYA iaitu sesiapa sahaja yg memohon drpdNya dan berusaha.
Memohon tanpa usaha ibarat Roh tanpa Tubuh. Apabila kita menghadapi masalah
besar yg membebankan dan menghimpit kita, mengadu dan berdoalah kepada
ALLAH SWT...
No comments:
Post a Comment