Followers

Tuesday, March 13, 2012

~in spite of~

Views
   Assalamualaikum...

Ahmad, seorang penjual makanan yang luar biasa... Setiap hari dia menjual makanan kanak-kanak pintu rumah ke pintu rumah dengan motosikalnya...
Setiap pagi Ahmad akan bergerak ke pejabat untuk mengambil barang-barangyang hendak dijual dengan motosikalnya dengan jarak 15 km.  Namun pada suatu hari, Ahmad telah dilanggar trak, kaki kanan nya hancur dan motor nya pun hancur...

Ahmad dikejarkan ke hospital...kaki kanan Ahmad terpaksa dipotong kerana itulah salah satu caranya untuk menyelamatkan Ahmad supaya untuk lebih sihat.perasaannya ibarat kaca terhempas ke batu apabila menandatangani surat keizinan memotong kakinya...

Selepas kakinya dipotong, Ahmad asyik bermurung diruang pemulihan. Ruang tersebut diberikan selepas kakinya dipotong.Harapan hancur berderai untuk menjadi pengurus makanan. Hidupnya gelap gelita tanpa cahaya sejak peristiwa itu berlaku.

Suatu ketika, seorang pemuda menggunakan kerusi roda menghapiri Ahmad yang termenung. Kedua-dua kakinya dipotong.

"Hai orang muda, mengapa kamu bersedih hanya kerana kaki kananmu dipotong? Kamu sepatutnya bersyukur kerana masih hidup kerana ramai diantara mereka yang mengalami kemalangan seperti kamu meninggal di tempat kejadian. Sekarang kamu kena buktikan kepada diri kamu sendiri, rakan rakan-rakan sepejabat bahawa walaupun kaki kananmu sudah tiada namun jualan kamu tdak akan terjejas malah bertambah maju. Buktikan impianmu menjadi kenyataan dan ketepikan dirimu sendiri untuk selalu dimanjakan dan dimenangkan. Selamat berjuang, jangan lupa untuk berdoa!" kata pemuda itu...

Kata-kata pemuda itu menyentuh dan memotivasikan Ahmad supaya bangkit walaupun ( in spite of ) dirinya cacat  dan punya sebelah kaki. Dengan susah payah, Ahmad belajar menggunakan kaki palsu dan menerima keadaan dirinya sekarang ini.

Tiga tahun kemudian,  Ahmad dapat menggapai bintang yang diidam idamkan.. Dia menjadi pengurus jualan malah jualannya melonjak dengan cepat dan mencecah jumlah yang tinggi berbanding rakan-rakanya yang sempurnatubuh badan.

Malah Ahmad menjadi pakar motivasi di syarikatnya. Pengalam hidup menjadi penggalak keyakinan malah sekali gus menjadi motivasi armada syarikatnya. Kata- kata yang selalu diucapkan adalah....

"hidup ini susah dan penuh perjuangan. Namun, sekiranya kita selitkan sikap lemah lembut , makakita termotivasi supaya teus menggali bahagian yang baik dalam hidup ini."




No comments:

Post a Comment