Followers

Sunday, March 18, 2012

~bantulah Palestin wahai saudaraku~

Views

Sumber Ikhwan Muslimin Mesir: Ribuan umat Islam menyertai solat Subuh berjemaah yang dilancarkan oleh kumpulan Islam dengan nama "Jutaan Subuh" bagi menyokong umat Islam di Palestin dan Syria yang diadakan serentak di seluruh masjid di Mesir pada Subuh pagi Jumaat, 16 Mac semalam.

Di ibu negara Kaherah, lebih 6,000 umat Islam berhimpun di Masjid Nour di Abasiya hingga sebahagian mereka terpaksa m...enunaikan solat Subuh di atas jalan raya yang diimamkan oleh Dr.Khaled Abou Syadie dengan dikawal rapi oleh pasukan keselamatan. Selepas solat, mereka melaungkan "Dengan jiwa dan darah kami, menjadi tebusan buatmu Palestin".

Di Masjid Amru Al-As, sekitar 2,000 umat Islam membanjiri masjid tertua di Mesir itu dengan diimami oleh Syeikh Mohamed Gibril.

Solat Subuh turut dilakukan di dataran Tahrir yang menjadi pusat perhimpunan rakyat dalam menumbangkan rejim Mubarak lebih setahun lalu. Dengan suhu di Kaherah sekitar 8 hingga 10 darjah celcius, kira-kira 3,000 umat Islam berkumpul di awal pagi dengan mengibarkan bendera Palestin dan Syria sebelum menunaikan solat di jalan-jalan raya di dataran tersebut.

Kempen tersebut turut mendapat sambutan di luar Kaherah. Di wilayah Daqahliya ribuan umat Islam menunaikan solat di Masjid El-Salab dan Masjid An-Nasr.Di Masjid Gam'iya Syar'iya di bandar Mansoura, kuliah Subuh disampaikan oleh Syeikh 'Amir El-Gazzar, salah seorang pemimpin Ikhwan Muslimin. Beliau berkata, perubahan politik di Syria bermakna saat kejatuhan Israel semakin hampir.

Di bandar Ismaeliyya, ribuan umat Islam menunaikan solat di Masjid Abu Bakar As-Siddiq.

Kempen "Jutaan Solat Subuh" ini dilancarkan oleh kumpulan aktivis Islam bagi menunjukkan sokongan kepada saudara seIslam di Syria dan Palestin. Ia sebagai menyahut cabaran para pemimpin Yahudi sebelum ini yang berkata, "Israel hanya dapat dikalahkan jika bilangan solat Subuh umat Islam sama bilangan pada solat Jumaat".

No comments:

Post a Comment