~kubur memanggil sebanyak 5 kali~
Views
SETIAP HARI KUBUR MEMANGGIL MANUSIA SEBANYAK 5 KALI...
1. "Aku adalah rumah yang sunyi dan keseorangan. Bagi memeriahkannya hendaklah kamu membaca Al-Quran."
2. "Aku adalah rumah yang gelap gelita. Terangilah aku dengan sembahyang malam."
...
3. "Aku adalah rumah yang dipenuhi dengan habuk dan debu. Hendaklah kamu membawa bekal taqwa dan amal-amal soleh."
4. "Aku adalah rumah yang dipenuhi ular. Bawalah pendinding iaitu
bacaan ‘Bismillahirrahmanirrahim' hingga mencucurkan air mata."
5. "Aku adalah rumah pertanyaan Mungkar Nakir. Perbanyakkanlah membaca
‘Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah’ agar kamu dapat memberi
jawapan kepadanya."
Firman Allah SWT: "Katakanlah:
"Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya
kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada
(Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan
kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (QS Al-Jumu'ah: 8)
WALLAHUA'LAM...
No comments:
Post a Comment