Followers

Wednesday, February 15, 2012

~muhasabah ku terhadap 6 perkara yang Allah sembunyikan~

Views


Assalamualaiku wbt...
mungkin kita rasa diri kita ni bagus sehingga kita lupa siapa diri kita yang sebenar...
muhasabah diri amat perlu dilakukan agar diri tidak jauh dari Allah...
mengingati segala kesilapan...
mengingati segala kealpaan...
mengingati segala perilaku yang bisa menimbulkan kemurkaan-Nya...
wah, aku sangat tersentuh apabila membaca entry ni...
sangat menyedaran aku siapa aku di mata Allah...
aku tahu aku tak seperfect mana pun...tapi aku cuba jadi yang terbaik di mata Allah...
hari ini lebih baik dari semalam...
bila aku baca entry tersebut, hati aku tersentuh dan mula aku tersedar siapa diri aku..
so, aku copy paste dgn harapan korang un dapat apa yang aku dapat...
 
 
6 Perkara Allah Sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lainmenyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu, Jibrail as memandang dirinya sendiridan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yangbermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri sertasolat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,namanya Muhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "YaTuhanku, apakah yang Engkau hadiahkankepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermak!sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilahJibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh.

dari beberapa perpuluhan yang telahKu berikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang lima waktu).
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam
    semua hari.
***muhasabahku****
jadi siapa diri aku...
manusia yang lemah sering alpa...
sering mengkufuri nikmat kasih sayang-Nya
alpa dengan keseronokan dunia
leka permainan hidup
asyik dengan perkara yang remeh
sehingga aku sendiri lupa
bahawa aku adalah insan berhadapan dengan kekufuran
selangkah aku menjadi manusia lupa daratan
bahawa makhluk yang teristimewa sanggup sujud padaMu...
padahal aku masih alpa dengan keseronokan dunia
lupa menghadap Tuhan yang menciptakan aku
jaminan syurga dan nereka 
ada di tangan aku sendiri
masihkah aku lupa daratan...
malaikat makhluk teristimewa sujud tanpa lelah
aku sujud kerana terpaksa
atau sujud beriringan mengeluh tanpa henti
tanpa berfikir aku adalah manusia yang beruntung
masih diberikan nyawa untuk hidup
masih diberikan udara untuk bernafas
masih diberikan kebahagian memenuhi ruang hidup
diselangi tawa riang yang menyenangkan
padahal ada orang lain yang masih berduka...
Ampunkan aku Ya Rabbi..
Sesungguhnya aku adalah manusia yang lemah
sentiasa mengharapkan kasih sayang-Mu
mendorong hati ini agar tetap dalam Hidayah-Mu...
amin...

No comments:

Post a Comment