Views
Tanda apakah ini ?????????!!!!!
Allah
datangkan peringatan untuk manusia dengan gempa di Acheh dan amaran
tsunami telah dikeluarkan untuk sekitar asia tenggara, perbalahan di
Malaysia semakin menjadi-jadi apabila golongan jahil menyesatkan mereka
yg memperjuangkan amar makruf nahi mungkar..
tanda apakah ini ??? doakan agar semuanya selamat dan diberi hidayah..
Wahai saudara-saudaraku, marilah berfikir sejenak…tanda-tanda kiamat kecil semuanya telah berlaku..
1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah
bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda
menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan
muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal
ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai
5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” –
Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang
yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya
kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang
makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad
7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan
dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang
yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh
dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul
pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang.”
10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang
kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan
belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu
jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan
memfitnahmu”- Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”- Riwayat Ahmad
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim
Ampunilah dosa-dosa kami ya Allah....
No comments:
Post a Comment