Followers

Saturday, March 19, 2011

kisah benar, rahmat Tuhan

Views
Awal bulan dua....
perkahwinan saudara berlangsung pada cuti raya cina...
kami sekeluarga tidak berkampung di kampung halaman tetapi kami berkampung
di rumah Makngah,di Negeri Sembilan...
Khamis malam ahad...
aku berasa seronok sangat sebab dah lama tak jumpa saudara mara...
kalau jumpa pun tak berkampung....
kali terakhir berkampung pada tahun 2004,
fuh,dah lama tu tak berkampung...
kenapa tidaknya, rumah kampung kena buatan orang....
kenapa manusia zaman sekarang yang telah maju,
manusia masih mengharapkan bantuan kepada benda2 yang mensyirikkan???
itulah manusia, apabila nafsu menguasai diri
semuanya lupa sehingga sanggup mengorbankan akidah yang telah dipupuk...
keluarga aku hanya bersabar atas tindakan mereka, kerana kami percaya ada hikmah disebalik
ujian...
pada malam itu,
aku bersama abang sepupu yang tidak pernah ku kenal wajahnya,hanya sekadar nama telah ku kenal dia...benarlah,berkampung mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga...
aku dan dia berbual sehingga pukul 5 pagi.
sebelumnya, keluarga Makngah sering dikacau dengan buatan manusia...
malang nasib dia...tapi betulkah???
dengar cerita rumah sebelahnya...mereka hanya syak wasangka.
sekadar untuk berhati-hati kerana sudah lebih 10 tahun mereka kena...
aku sendiri percaya hanya 50% jer...
namun aku diberi kelebihan untuk merasa kehadiran makhluk halus buatan orang...
kurniaan tuhan...
pada malam itu,aku bersama abang sepupu merasakan panas secara tiba-tiba, padahal rumah makngah tidak perlu kipas kerana sejuk apabila waktu malam....
maklumlah rumah kawasan kampung...
aku bersama abang sepupu tidak mampu berbuat apa2 kerana kami manusia yang lemah...
kami hanya mampu membacakan ayat-ayat suci Al-Quran.
Alhamdullillah,selepas 5 minit, rumah kembali tenang dan sejuk malam...
namun mereka tidak berhenti juga, hantar lagi...
aduh penat kami dibuatnya...
sepanjang malam kami bertafakur,melihat keadaan saudara mara yang tidur nyenyak,
tak sampai hati untuk kami biarkan perkara buruk berlaku...
akhirnya kami menjadi burung pungguk...
pada keesokan harinya...
abang sepupuku berbicara bahawa dia mengintai rumah sebelah..
apa yang dia lihat bahawa rumah tersebut sangat gelap,hanya dapur sahaja yang terbuka lampunya...
apa yang paling mengejutkan bahawa dia nampak bayangan tangan yang tengah memasak tanpa kepala....
astaghfirullah Al-Azimmmm...
mengucap dia...
ingatlah, bahawa kita makhluk tuhan yang layak mempercayai dan beriman hanya kepada Allah...
mintalah bantuan daripadaNya....

No comments:

Post a Comment