Followers

Saturday, February 4, 2012

~ taubat setelah 40 tahun bergelumang dalam dosa~

Views

assalamualaikum...
nampak ceria je matahari tu kan...
adakah anda sama macam matahari itu???
Kadang kadang hidup kita sentiasa bahagia....
pada saat ketika lain pulak kita dirundung kesedihan...
tu la orang cakap hidup ni macam roda...sekejap kita diatas, sekejap kita dibawah
k...apa kaitannya pulak entry kali ini dgn celoteh saya tadi...
urm...hari ini saya nak share pembacaan saya tentang tajuk di atas la...


*************************************************************************
     Pada zaman Nabi Musa a.s, pernah berlaku musim kemarau kepada Bani Israel. Lalu, mereka 
menemui Nabi Musa dan Nabi Harun. Mereka merayu kepada ketua mereka dengan berkata: 
"Wahai Nabi Allah yang merupakan kalam-Nya. tolonglah mohon kepada Tuhanmu agar Dia berkenan untuk menurunkan hujan kepada kami"
  

   Kemudian Nabi Musa bersama pengikutnya menuju ke suatu kawasan lapang. Menurut satu pendaat bilangan pengikut pada ketika itu seramai 70 ribu orang. Apabila samapi
di kawasan tersebut, lalu Nabi Musa a.s berdoa agar diturunkan hujan...antara isi doanya seperti
berikut:
"Tuhankau, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kami dengan rahmat-Mu dan kasihanilah kami 
terutamanya kepada anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yan memerlukan rumput, 
dan orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit
sangat cerah dan cuaca sangat panas"


Allah s.w.t telah menurunkan firman-Nya, yang bermaksud: " Aku tidak merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya kedudukanmu disisi-Ku amatlah tinggi. Cuma dalam kalangan umatmu
ini ada seorang yang telah melakukan perbuatan maksiat selama 40 tahun.selagi dia masih
dalam kalangan umatmu, maka dia akan menjadi penghalang turunnya hujan untuk kamu
semua."

Nabi Musa kemabali berkata: "Wahai Tuhanku!aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku
juga lemah, apakah mungkin suaraku ini didengari dalam lingkungan jumlah manusia
melebihi 70 ribu orang?"


Allah swt berfirman yang bermaksud: "Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Akulah yang menyampaikannya kepada mereka!"

Mentaati apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa a.s segera berdiri dan berseru
kepada kaumnya: "wahai seorang hamba yang menderhaka kepada Tuhannya, sudah lama engkau melakukan dosa kepada Allah swt. keluarlah kamu dari sini, kerana kewujudanmu menghalang daripada turunya hujan oleh Allah swt kepada kami semuanya".



Mendengar seruan dari Nabi Musa, maka orang yang derhaka yang dimaksudkan itu 
rasa bersalah. Dia melihat kekanan dan kekiri namun tiada siapa yang keluar. dengan demikian
 yakinlah dia bahawa orang yang dimaksudkan itu adalah dirinya sendiri. Dalam hatinya, timbullah
penyesalan yang amat mendalam.

Lalu dia berkata pada dirinya, " seandainya aku keluar dari kumpulan ini, nescaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini. Di manakah patut ku letakkan maruah dan kemulian keluarga aku? Tentulahmereka akan dipandang hina keranaku. Akan tetapi jika aku masih bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah swt. Ya Allah, kesalnya aku! Malunya aku! Terimalah 
taubatku, aku berjanji tidak akan melakukan maksiat-maksiat itu lagi. Ya Allah,
sesungguhnya aku telah derhaka kepada-Mu selama lebih 40 tahun, walaupun demikian Engkau masih
memberi kesempatan kepadaku, dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketatan, maka terimalah 
taubatku ini. Janganlah dibukakan keaibanku dihadapan hamba-hamba Mu dan nabi-nabi Mu.

Akhirnya, lelaki itu bertekad untuk menundukkan kepalanya kerana bimbang dilihat oleh
orang ramai yang mencari-cari siapa sebenarnya pesalah yang dikehendaki itu. Beberapa detik kemudian, kelihatan awan berkumpul di langit dan turunlah hujan.

Melihat keadaan demikian, lalu Nabi Musa a.s berkata: " Tuhanku, mengapa Engkau mengurniakan nikmat
dan rahmat hujan kepada kami, sedangkan pesalah belum lagi berserah diri?"

Allah berfirman bermaksud: "Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga disebabkan oleh orang tersebut
yang dahulunya menjadi sebab Aku tidak menurunkan hujan kepadamu".

Nabi Musa a.s berkata: " Tuhanku, lihatkanlah kepadakusiapa sebenarnya hamba-Mu yang
dimaksudkan itu?"

Allah swt berfirman yang bermaksud: " Wahai Musa, ketika 
dia dahulu melakukan maksiat dan derhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah 
sekarang Aku akan membukanya aibnya itu ketika ia telah kembali melakukan ketaatan kepad-Ku?"







semoga kita sama-sama dapat pengajaran daripa cerita tersebut:

1-Janganlah kita membuka aib orang lain, kelak Allah akan membuka aib kita di akhirat kelak
2-Sesunggunya Allah Maha Pengampun, dan pintu pengampuan sentiasa terbuka sehinggalah nyawa di hujung kerongkong...

3-Sentiasa muhasabah diri sendiri kerana kita adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan.

No comments:

Post a Comment