Views
Assalamualaikum w.b.t...
wah, macam dah lama je tak update blog ni...maklumlah sibuk...(padahal x sesibuk mana pun..hehehe...)
baru baru ni aku mengikuti program tingkatan satu, program Kem Motivasi Penghayatan Islam...
jadi x terlayan la blog mahupun internet..layan un kejap2 je...
aku nak mencoretkan segala pengalaman aku semasa program menjadi fasilitator....tapi gambar tak upload lagi la...aku tengah tunggu gambar dari kawan aku ni untuk uploadkan... maklumlah, kamera rosak..hehehehe...
k...la, nanti aku coretkalah program kat sana..tapi kali ini aku nak mengingatkan diri aku sendiri tentang api neraka...aku sangat risau kalau aku menjadi salah satu bahan bakar untuk di akhirat...jadi aku harap dengan cara ini aku mampu mengingatkan diri aku tentang api neraka...:-)
SEBAB RAMAI PEREMPUAN MASUK NERAKA !!
KENAPA ?
Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah
wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga
maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang
fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan
penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang
tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup
dengannya.” (HR Nasa’i)
Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa
sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis
Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan
kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah
dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta.
Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal
wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para
sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang ,
Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka.
Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “
… dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan
seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum
wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai
Rasulullah?”
Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.”
Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda
menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap
kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang
di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu
pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku
tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat
Imam Al-Bukhari)
Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah
untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya.
Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka
dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda :
“Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya :
“Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)
Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment