‘Semua ilmu ada dalam Quran” kata seorang para ulama’
‘Maksud Tuan ilmu dunia juga?’ balas seorang pemuda
‘ya, ilmu dunia dan ilmu akhirat.’
‘saya tidak percaya, masakan begitu? Bagi saya mustahil
kitab al-Quran yang terdiri daripada ribuan ayat itu merangkumi semua ilmu yang
ada?’
‘wah, tentulah berbilion billion banyaknya. Bentuk dan jenis
ilmu tersangatlah luas’.
‘saya masih berpendapat semua asa ilmu ada dalam ai-Quran’.
‘saya tetap tidak bersetuju.’ Tegas pemuda tersebut.
Ulama hanya tersenyum….
pemuda tersebut tetap tidak berpuas hati, pada keeseokan
harinya pemuda itu bertemu semula dengan
ulama.
‘ tuan masih percaya semua ilmu ada dalam al-Quran?’
‘ya’. Jawab ulama itu dengan pasti.
‘kalau begitu berapa banyak minyak yang boleh didapati dalam
sekilogram buah kelapa sawit.?’
Ulama itu diam. Pemuda itu rasa bangga kerana pada
pendapatnya ulama itu akan tunduk dengan pandangannya.
‘dan jangan lupa tunjukkan nama surah dan ayatnya sekali
ya….’ Tambah pemuda itu lagi.
Beberapa ketika kemudian….ulama pun berkata….
‘ya saya tahu jawapannya malah saya tahu nama surah an
ayatnya sekali. Tetapi untuk menjawab soalan, mari ikut saya…..’
Pemuda tersebut mengikut ulama menuju ke suatu tempat.
‘kita nak ke mana?’
‘ikut sahajalah…..’
Tidak lama kemudian mereka bertemu seorang pekerja yang
menyelia kerja-kerja memproses buah kelapa sawit. Ulama itu bertanya,
‘tuan, boleh beritahu
kepada kami berapa banyak minyak yang kita akan dapat darpada sekilogram buah
kelapa sawit….?’
Penyelia itu spontan member jawapan. Sejurus kemudian, ulama
berkata kepada si pemuda…
‘itulah jawapannya….’
‘eh, saya mahukan jawapan daripada Quran, bukan penyelia
ini!’ bantah pemuda itu dengan marah.
‘itulah jawapanya…’Jawab ulama itu dengan tenang.
‘apa maksud tuan?’
‘inilah jawapan al-Quran .
dalam surah al-Nahl ayat 43, Allah telah berfirman yang bermaksud:
“bertanyalah kepada orang yang
mengetahui jika kamu tidak mengetahui.”
Dan kita telah pun bertanya kepada penyelia kilang kelapa
sawit ini tentang soalan kamu itu.
PENGAJARAN: Al-Quran bukanlah kitab sejarah, sains atau
ilmu2 lain. Namun begitu, dalam Quran ada asas dan teras umum bagi ilmu2 yang
menjadi dasar, prinsip dan panduan untuk mengembangkannya. Jika seseorang
mempelajari Quran secara menyeluruh, dia akan mempunyai general knowledge semua
ilmu yang penting di dunia.
No comments:
Post a Comment