Followers

Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Friday, March 16, 2012

~wanita dari rusuk lelaki~

Views

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

~pengaruh wanita dalam kehidupan lelaki~

Views

Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.

 Menurut al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak. Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa (Eve) telah mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa dengan diberikan kesakitan ketika melahirkan anak. Hal ini juga disebut oleh riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah penceramah di masjid dan surau. Namun, para pengkaji hadis mendapati riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan dengan apa yang disebut dalam a-Quran.

Al-Quran menyebut:
“Dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)” – (Surah al-Baqarah: 35-36)
Dalam Surah Taha pula Allah berfirman:
“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari”. Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). – (Surah Taha: 116-121)
Ayat-ayat ini jelas bahawa kesalahan Adam yang membuatkan manusia tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut. Ini berbeza dengan Bible. Berbeza juga dengan cerita-cerita sesetengah penceramah agama yang mengutip kisah Adam dan Hawa dari riwayat Israiliyyat, ataupun Bible atau diwarisi cerita dari satu ustaz ke satu ustaz tanpa dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran.
Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang dimuatkan. Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam. Kata Dr Abu Syahbah:

“Semuanya ini dari sumber Bani Israil yang mereka tokok tambah dan mencampurkan antara yang benar dan yang batil”. – (Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah)
Maka, umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.
Muslihat Wanita
Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslimat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya. Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf:
“Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat” – (Surah Yusuf: 28)
Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaidsebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust).
Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atau godaan atau kaid tersebut.
Nabi s.a.w pernah bersabda:
“Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita” - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sabda baginda juga:
“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya” – (Riwayat Muslim)
Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya. Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.
Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa. Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.

Perhiasan Terindah
Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda:
“Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” – (Riwayat Muslim)
Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya. Sabda Nabi s.a.w:
“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” – (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani)
Sabda Nabi s.a.w juga:
“Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” – (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.


Thursday, March 1, 2012

~anda rasa anda cantik?~

Views

 Assalamualaikum...
Anda kenal tak siapa Lauren Booth ?
sebenarnya saya baru kenal..hihihihi..tu la kita kena banyak membaca baru kita tahu...
betul tak?

sebenarnya nak cerita pasal dia ni la...
ish...apa kaitan tajuk entry ni dengan Lauren Booth?
teruskan membaca kalau nak tahu hal sebenar....

**
**
**
**
**
**
**
Lauren Booth adalah adik ipar bekas perdana menteri Britain, Tony Blair telah 
memeluk agama Islam...

Antara soalan yang telah diajukan kepada beliau adalah.....

"bagaimana beliau boleh tertunduk kepada Islam?"

Beliau menjawab: "seorang wanita Muslim di mata masyarakat Barat  adalah manusia
yang selruh badan bertutup dari hujung rambat hingga hujng kaki. Ketika  berjalan
di khalayak ramai, sentiasa berada di belakang suami dengan memimpin anak-anak.
ia jauh berbeza dengan perempuan di 

negara-negara Eropah yang bangga menayang dengan apa yang mereka 
miliki.Yang cantik adalah untuk ditonton bukan disembunyi...

"inilah kebanggaan saya dahulu, rambut perang dan cantik beralun. dan tentu sekali
lurah dada ini adalah aset yang paling menarik. Itulah lumrah dalam dunia pekerjaan di dunia barat.
penampilan mesti menarik dan mampu membuat orang lain terpukau.

"ketika menjadi penyampai di televisyen, banyak saya menghabiskan waktu untuk berdandan
di hadapan cermin walaupun penyampaian hanya 15 minit ke udara.



 Adilkah semua itu?

inikah kebebasan?

sejauh mana perempuan itu dihormati di dalam masyarakat yang memperjuangkan kebebasan?

persoalan itulah yang selalu bermain di fikiran saya..

Mengenai penerimaan anak2 apabila beliau memeluk Islam... Lauren menceritakan 
satu insiden menarik . Anak2 menerima baik pengislamannya namun ada satu soalan yang
membuat beliau terkejut...

"selepas ini adaah emak masih boleh mendedahkan payudara untuk orang tengok 
seperti sekarang?"
beliau agak terkejut mendengar soalan tersebut...

"Apaaaa.....?"
hanya kata-kata itu sahaja yang mampu terkeluar dari mulut saya. Nampaknya anak-anak saya
malu melihat emak mereka memakai baju t-shirt yang ketat yang mendedahkan dada sehingga
nampak lurah payu dara.

untuk soalan itu, saya menjelaskan kepada anak2 saya:
"Islam melarang orang perempuan mendedahkan bahagian tertentu pada badan mereka kerana ia adalah
aurat. ia termasuklah bahagian dada. Emak janji tidak akan dedahkan lagi dada emak dan memakai baju yang mempunyai potongan leher yang lebar hingga menampakkan lurah payudara. 
Islam pun melarang melakukan sedemikian..."

tiba2 anak-anak saya bersorak,

"yeahhh....! kami suka Islam! dan saya pun sukakan Islam..."

Apa yang ingin disampaikan oleh Lauren adalah:

*kecantikan luaran seperti yang diagungkan oleh barat sebahagian besar wanita lain, adalah kecantikan yang 
palsu. ia sekadar luaran, yang membuatkan wanita menjadi hamba nafsu lelaki, dipergunakan secara dieksploitasi. Kecantikan yang ditayang-tayangkan membuatkan 
wanita barat tertekan hingga menyebaban mereka berlumba-lumba untuk kelihatan seksi dan menawan di mata lelaki.
Jika tidak seksi, mereka dianggap tidak cantik, tdk memikat dan ketinggalan zaman dan tidak menilai.
Tetapi apabila tampil dengan seksi, mereka akhirnya menjadi mangsa lelaki.

Melalui Islam...
Lauren menemui kecantikan sebenar iaitu kecantikan dalaman
bukannya luaran...
mereka sukakan Islam kerana Islam sememangnya INDAH dan membawa keindahan...


renung-renungkanlah...

~wanita mana yang paling cantik~

Views



Dalam research kali ni…saya ingin berkongsi dengan anda maklumat terbaru yang baru saya dapat.

Tajuk kali ini adalah…
WANITA MANA PALING CANTIK??

Kalau di Eropah - wanita Czech adalah antara paling cantik
Kenapa?
Jawapanya kerana secara amnya wanita Czech mempunyai
*tubuh yang lampai
*muka bujur sirih
*rupa paras yang cantik umpama model

Namun ada lagi wanita yang lebih cantik daripada wanita Czech….
Siapa????
Wanita Rusia kerana mempunyai kulit lebih putih dan manja


 
Benarkah wanita Rusia lebih cantik?
X juga apabila dikaji, wanita Czech dan Rusia tidak dapat menandingi wanita Bosnia.
Kenapa?
Jawapannya ada dua…

*Pertama- cantuman kecantikan  darah Eropah dan Arab. Bangsa Bosniak berasal dari warga Turki Uthmaniyah menjajah hinga ke wilayah tersebut pada 1463-1878.

*Kedua- mempunyai cahaya kelembutan pada wajah (tidak ada pada wanita Eropah). Cahaya kelembutan tetap terpancar walaupun terselindung di hijab mereka dan pakaian yang longgar.

Di Asia Barat…mungkin wanita Lebanon kerana mempunyai….
-tubuh yang mekar
-kulit putih bersih
-warna mata yang bercahaya
-rambut perang beralun

Adakah wanita Lebanon paling cantik di Asia Barat?
Tidak juga kerana secara umumnya wanita Syria.
(Syria dan Lebanon berjiran dan bersaudara) namun disebabkan faktor2 tertentu menyebabkan mereka berbeza…

Wanita Syria
-kecantikan mereka tidak datang dari penampilan seksi  tetapi hati
-mempunyai wajah yang lembut (seperti ada cahaya di pipi, mata, bibir, dan seluruh wajah seterusnya tempias pada pertuturan, gerak laku serta kesopanan mereka)



Begitu juga dengan wanita Melayu tetapi secara umumnya, wanita Melayu tidak mempunyai
-tubuh yang jinjang
-kulit putih
-warna mata yang menawan
Tetapi memang cantik

Persoalannya…………………..
Mengapa wanita Bosnia, Syria, dan Melayu mempunyai wajah yang cantik…..???

Kerana mereka mempunyai kecantikan dalaman ( jiwa, hiti, iman dan minda)

Cantik adalah subjektif : Ada yang suka putih dan ada yang suka gelap…kalau tidak mana mungkin (supermodel) Heidi Klum dengan Seal iaitu seorang lelaki hitam peniuh jerawat…
betul tak….???
Kecantikan dalaman tidak dapat direka malah lahir secara semulajadi.

Kita sering melihat wajah yang sering solat,beribadah pada waktu siang dan malam, dan selalu zikir  dan berhati bersih akan kelihatan bercahaya. Mungkin mereka tidak cantik tetapi wajah mereka berseri-seri, tenang dan sejuk . senyuman mereka ikhlas dan ada mata mereka terpancar sifat rendah diri dan tawaduk.

Kajian daripada Dr. Masaro Emoto, Profeser Emeritus Water for Life Faundation, Dr Masaro terkenal dengan penyelidikan  tentang perubahan molekul air. Dalam penyelidikan itu, eliau mendapati air yang dibacakan dengan ayat dan doa-doa keagamaan, kemudian didinginkan sehingga -5  darjah celcius di makmal, kemudian diambil gambar menggunakan mikroskop elektrondengan kamera halaju tinggi mendapati molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.



 Seandaiya dimaki dan dihujani perkataan buruk, atau lagu heavy metal, kristal yang terbentuk adalah HODOH. Sebaliknya jika dibacakan ayat-ayat keagamaan, kristalyang terbentuk bersegi enam  dengan lima cabang berkilauan. penyelidikan Dr. Masaro membuktikan bahawa air boleh mendengar, memahami pesanan yang dihantar kepadanya.






Apalah kena mengena kajian Dr. Masaro ni dengan kcantikan yep????

Pernah tak anda terfikir bahawa manusia ini lahir daripada air dan 75% daripada tubuh kita adalah air?
Malah 75% peratus daripada otak kita adalah air?

Apatah lagi wanita Muslim yan berwudhu’ lima kali sehari kewajah mereka. Dalam setiap wudhu’ itu pula diaca doa, serta memuji kebesaran Illahi. Rasulullah saw perah bersabda yang ermaksud:

“ sesungguhnya umatku akan muncul pada hari kiamat denga wajah yang gemilang dan kedua anggota (tangan dan kaki) yang bercahaya disebabkan bekas wudhu’. Barangsiapa diantara kamu yang sangup memperpanjang  cahaya, maka lakukanlah”
(Riwayat Muslim)

Beberapa penemuan kajian saintifik mendapati salah satu manfaat wudhu’ ialah air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion-ion negative yang boleh meneutralkan darah serta membantu menyerapkan oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah lebih cerah dan berseri…

Jadi, kecantikan luaran dan dalaman perlu ditikberatkan...

cantik luaran cantik lagi dalaman...

janganlah sekadar mementingkan cantik luaran dengan memakai pelbagai produk berjenama ataupun yang berada di pasaran...padahal produk wudhu' serta menunaikan kewajipan kita sebagai HAMBA tidak di laksanakan....

renung- renungkanlah...