Followers

Tuesday, January 31, 2012

~Dendam~

Views


Apa yang korang faham dgn maksud dendam ni...
penah tak korang rase bende ni???
sebenarnye perasan dendam ni fitrah, kita kena pandai kawal perasaan uh
kalau tak makan diri sendiri balik...
sebenarnya, dendam ni adalah salah satu penyakit hati...
nampak simple jep tapi memberi effect yang besar pada diri sendiri
kita fikir hanya mainan perasaan je
tapi ia mampu memberi penyakit kat hati kita...
aku lak sedaya upaya x membenci dan berdendam dengan orang..
x baik...nanti x memasal aku dapat saham die lak...
tapi...hari ini aku muhasabah bali diri aku...
aku rupanye berdendam dengan someone...
x perlu tahu la sape....bak kata Dato' Siti Nurhaliza...
'biarlah rahsia....'


ye...ape yang dia buat kat aku...sangat melukakan hati aku..
ya...sangat sakit....
lukanya sudah lame dan tak sembuh2 lagi
penat jugak la aku cari penawarnya...
before ni aku x penah lak terfikir yang aku berdendam..
mata aku un dah buta dikaburi dengan dendam
sehinggakan aku dah membuat satu perkara yang aku sendiri x sangka...
bila aku muhasabah diri...
nape aku leh wat camtu..
rupanya, hati aku penuh dengan dendam...
rupanye dendam uh dah tumbuh lebih sepuluh tahun dah..
cume aku je yang x perasan...
aku cube tuk maafkan dia...
sebab dia pun manusia biasa...
nobody is perfect..right???


aku teringat balik kisah Nabi Muhammad dgn si Tua yang buta
si Tua ni selalu kutuk Nabi SAW tapi apa yang Nabi SAW buat....???
setiap hari Nabi SAW datang membawa makanan 
Nabi yang sangat pengasih uh menghancur dan melumatkan makanan tu
dahulu sebelum menyuapkan kemulut si Tua yang buta tu..
sehinggakan suatu hari apabila Nabi wafat...
Abu Bakar datang bertemu Aisyah untuk menanyakan apakah yang Rasulullah lakukan
yang belum beliau lakukan?
lalu Aisyah beritahuAbu Bakar bahawa Rasulullah sering memberi makan pada si Tua yang buta
apabila Abu Bakar menyuapkan makanan kepada Si Tua uh...
dia menolak dan mengatakan bahawa dia bukan orang yang selalu menyuapkan dia makanan
Abu Bakar menafikan tetapi Si Tua tetap dgn pendiriannya..
akhirnya...Abu Bakar mengatakan bahawa orang yang selalu menyuapkan makanan sudah wafat
iaitu orang yan selalu kau hina..Nabi Muhammad SAW
.....jadi aku try tuk maafkan die...
seperti Rasullah yang Sabar...
aku cube...
sebab aku tengah berusaha tuk bersihkan hati aku...


Ya, Allah....
Kau Ampunilah Dosa Hamba-Mu ini...Amiiien...





~ujian dari Allah~

Views  Assalamualaikum..
fuhh berat jugak ape yang aku hadapi...
kekadang aku terfikir kenape aku dapat macam ni...kekadang aku rase aku tak kuat nak hadapinye..ape taknye sume ade kat bahu aku...papeal aku jugak...
namun aku recall balik ape yang Allah kasi...Aku patut rase bersyukur sebenarnye...
kerana Allah bagi ujian kat aku kerana Dia sayang kat aku...kenapa aku nak mengkufuri nikmatnye yep...
Astaghfirullah.....
Ya,Allah kau ampunilah aku....


KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman’(‘I am full of faith to allah’) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui org2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang berdusta
(Surah AL-ANKABUT ayat 2-3)
KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatau tu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’
(Surah AL-BAQARAH ayat 216)
KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
(Surah AL-BAQARAH ayat 286)
KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
“Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah org2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu org2 yang beriman”
(Surah AL-IMRAN ayat 139)
KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan,dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah(be fearfull of ALLAH The Almighty)kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
“Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah AL-BAQARAH ayat 45)
KITA BERTANYA: APA YANG KITA DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari org2 mu’min diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……..?
(Surah AL-TAUBAH ayat 111)
KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
“Cukuplah ALLAH bagiku ,tidak ada Tuhan selain dari NYA….Hanya kepadaNYA aku bertawakkal.”
(Surah AL-TAUBAH ayat 129)
KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!
QURAN MENJAWAB
“………………….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.”
(Surah YUSUF ayat 12)
JANGANLAH KITA MENGELUH RAKAN-RAKAN…KERANA ADA ORANG YANG LEBIH BESAR DUGAAN BERBANDING KITA…..HANYA PADA NYA KITA BERSERAH…..

Dan kita pun diuji...

Jalan kebenaran itu tak pernah sunyi daripada ujian. Satu demi satu ujian akan terpaksa didepani, dalam usaha merebut reda dan syurga Allah.

Ujian datang bertahap :-

Tahap 1: Bermula apabila kita mula mendapat hidayah.

Tahap 2: Pula ialah dengan kita perlu buktikan iman kita dengan tunduk sepenuhnya kepada Islam secara total, bukan mengambilnya separuh-separuh.

Tahap 3: Pula mengkehendaki kita meneruskan keimanan kita dengan hijrah dan jihad.

Tahap 4: Pula ialah tahap ujian kesabaran berpanjangan yang akan melayakkan kita untuk salah satu daripada 2 kebaikan: Hidup mulia atau mati sebagai syuhada.

Berikut ialah penjelasan ringkas setiap tahap:
1: Awalnya ujian ialah ujian untuk memilih jalan yang hak ataupun jalan yang batil. Jalan kebenaran hujungnya memang indah kerana di situlah syurga. Namun untuk berjalan di atas jalan kebenaran tidaklah mudah kerana ia tidak pernah sunyi daripada ujian dan tentangan yang pahit dan menyakitkan.
Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan. (Surah Ali Imran, surah ke 3 ayat 186)
 
(Dalam ayat ini, Allah memberitahu tentang 2 ujian terawal yang perlu kita hadapi dalam mencari kebenaran (Islam). Ujian pertama adalah daripada dalam diri berupa ujian berbentuk harta dan dunia kita sendiri. Ramai yang apabila terkena dengan ujian ini terus mengambil langkah menjauhkan diri daripada Islam dan Jihad untuk menegakkan Islam. Lalu, kerana takut, mereka menjauhkan diri daripada golongan-golongan Mujahidin yang ingin mengajarkan dien dengan cara mengobarkan semangat jihad dalam diri mereka.

Kalaupun mereka lepas ujian awal ini, biasanya mereka akan gagal melepasi ujian kedua yang datangnya daripada luar berupa kutukan dan cercaan serta sindiran yang memperlekehkan malah menakut-nakutkan seseorang itu daripada terus mendengar nasihat dan ilmu daripada Mujahidin. Justeru, sekiranya kita gagal dalam ujian awal ini, adakah kita yakin akan dapat melepasi ujian berikutnya?)

2: Ujian kedua mengkehendaki kita memilih Islam sebagai syariat hidup kita. Dengan kata lain, kita mengikuti Islam sepenuhnya dan bukannya hanya sekadar sebahagian sahaja.

Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu. (Surah Al-Maidah, surah ke 5 ayat 48)

(Ayat ini, Allah menerangkan bahawa Allah menurunkan Islam sebagai satu ujian kepada manusia. Justeru tidak hairanlah mengapa ada di antara manusia yang beriman, ada yang munafiq dan ada pula yang kufur kepada Allah. Mereka-mereka yang beriman membuktikan bahawa mereka sanggup berhadapan dengan segala rintangan yang terpaksa dihadapi sebagai Muslim. Mereka nampak Islam itu sebagai suatu kebenaran lalu mereka tempuhi juga walaupun sukar.

Dikalangan Munafiq dan Kafirin pula, mereka terbahagi dua. Pertama ialah mereka yang nampak Islam itu sebagai kebenaran, namun kerana ujian yang datang daripada dalam diri mahupun luaran mereka sendiri, maka mereka gagal memilih Islam sebagai Dien (cara hidup). Golongan kedua pula ialah mereka yang telah dibutakan mata hati mereka oleh Allah sedari awal. Lalu mereka langsung tidak pernah nampak Islam sebagai kebaikan seumur hidup mereka. Justeru, kita harus sanggup berdepan dengan ujian untuk menjadikan kehidupan kita sepenuhnya mengikuti Islam.)

3: Ujian ketiga pula lebih getir. Dalam ujian ini, Allah ingin pula mengetahui tentang manusia-manusia yang setelah berjaya melepasi ujian kedua, sanggup pula berdepan dengan cabaran yang lebih mencengkam di medan perjuangan.

Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat (untuk berperang) dan berbagai manfaat bagi manusia (kegunaan untuk selain perang) , (supaya mereka mempergunakan besi itu) agar Allah mengetahui siapa yang menolong (agama) Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Surah Al-Hadid, surah ke 57 ayat 25)

(Dalam ayat ini, Allah ingin mengetahui siapakah diantara hamba-hambanya yang sanggup menggunakan Al-Quran, As-Sunnah dan kekuatan besi (senjata) untuk berperang menegakkan Islam. Walaupun mereka tidak pernah melihat Allah, namun mereka yakin penuh pada-Nya dan sanggup pula mengorbankan dunia dan diri mereka semata-mata untuk Allah. Adakah kita sanggup menggalas bebanan/ujian ini? Sekiranya sanggup, maka kita akan digelar sebagai Mujahidin.)

4: Ujian keempat pula adalah ujian untuk mereka yang telahpun menjadi Mujahidin. Ujian kali ini menjadikan nyawa sebagai galang ganti syurga nan abadi.

Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (dalam jihad) maka pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berhenti. Demikianlah, apabila Allah menghendaki niscaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang gugur pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka. Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam surga yang telah diperkenalkan-Nya kepada mereka. (Surah Muhammad, surah ke 47 ayat 4-6)

Firman-Nya lagi:
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar (menanggung ujian dalam jihad). (Surah Ali-Imran, surah ke 3 ayat 139-142)


(Dalam ayat ini, setelah mengetahui siapakah yang mahu menjadi Mujahidin untuk membela dan menegakkan Islam, Allah melanjutkan ujian untuk memilih manusia-manusia terbaik yang sanggup berperang mati-matian untuk meraih gelaran syuhada. Syuhada merupakan pilihan daripada Allah.

Setelah melepasi ujian peperangan yang dipenuhi dengan pelbagai dugaan, rintangan dan pengorbanan, mereka tetap tabah dan bertahan. Justeru tidak hairanlah mereka mendapat kehormatan seperti itu, sekalipun mereka mati diatas katil dan bukannya medan perang -asalkan mereka sebelumnya sungguh-sungguh 'mencari kematian' dalam medan jihad-)

Monday, January 30, 2012

~i love u mom & dad~

Views
 
 
 =Bila Ibu kata dia teringat,kita jawab kita sibuk sangat.
=Bila Ayah kata dia rindu,kita jawab nantilah hujung minggu.
=Bila Ibu minta kita pulang,kita jawab kita belum lapang.
... =Bila Ayah minta kita singgah,kita jawab kerja belum selesai.
=Bila hati kita terguris kita kata"Ibu memang x pernah faham"
=Bila hati kita terhiris kita kata"Ayah memang x ambil kisah"
*TETAPI:
=Bila hati Ibu kita terguris Ibu kata"x apa dia masih muda"
=Bila hati Ayah kita terhiris Ayah kata"x apa belum sampai
akalnya"
=Bila kita menangis tanda lapar,Ibu berlari bagai hilang kaki.
=Bila kita merintih tanda derita,Ayah bersengkang mata bagaikan
tiada lena.
=Bila kita sedih kerana gagal,Ibu setia membekalkan cekal.
=Bila kita pilu kerana kecewa,Ayah teguh berkata dia tetap
bangga.
*Fikir-fikirkanlah,
* Sayangilah kedua IbuBapa kita,sebelum mereka pergi
buat selama-lamanya.....
aku cuba untuk menjadi anak yang taat...

~kembara di Ulu Dong,pahang~

Views
Assalamualaikum...urm hari ini aku nak remind balik cite2 aku mase sekolah menengah...seronok sangat time uh....Pengembaran hidup zaman form 5 nak gi Pahang... Ape yang kitorang wat sane sebenarnye???
hahaha..kitorang nak blaja Bahasa Arab dannnnnnnnnnn Fizik...


ena, wani khalid,fashe,pm,ana...aku kat hujung kanan ana...
  

 kitorang di sediakan dgn 3 biji buah bas...yang dlm gambar uh adalah bas yg aku naik...
kalo nak tau, dlm bas uh siap da tirai...kat belakang uh kitorang gantung tudung...
pada mulanya kitorang da yang letak tudung yg dah siap iron kat langsir (not included me)
hahaha..pe lagi sir india uh marah gile....
kitorang un senyum jep
tu sebabnye de tirai kat tengah uh...

amalina, cuda, paah, pqa razali,dja, pqa kadir.yg teleng uh dina




fun rasanye b4 pegi uh...
tak sabar2..babtu dah amik gambar...



ni la kengkawan aku...
nampak tak muke diorang sume smile jep
sebab kitorang dah nantikan programni sejak form 4



ala..nadzidah...die wat muke comel... sememangnye die memang comel un kalau die senyum
tapi kalau tengah marah, urm aku dulu lari jauh2..hahaha...Nadz, jgn marah....


hahaha...kitorang dah sampai..mase dalam perjalanan...pemandangan atas bukit sangat
cantik..tapi bas asyik matikan aircond jep..
panas r...
bau mcm enjin terbakar un ada gak...
sabar je la...

                                 
    fuhh..before kitorang sampai kat ostel..
kitorang kena jalan..kate orang exercise..lagipun kitorang memang dah lame x bersenam
mengeluh jugak aku naik bukit...turun bukit...
jalan sunyi....

time tu jugak aku dah rase lain macam dah
happy campur takut
nape aku takut???

hahaha nanti korang tahu la...
aku pandang kiri
pandang kanan...
syuuuuuupppp....

misteri sangat tempat ni..
dak laki lak...diorang naik apekebende ntah
aku x taw r name die
yang aku tau van jep

yang satu lagi uh kalau dalam pembinaan die digunakan tuk angkat bata yang berat uh..
de gak beg laugage tertinggal kat sekolah...

dgn baik hatinye dak lelaki angkut kan ke dalam bas
bile sampai sane

laugage warna yg same lak tertinggal kat jalan uh
sape nyer eak
hahaha, aku taw..

sebenarnya beg uh 2 org yang berbeza
diorang fikir tu beg kawan die...
2 la ...same tapi x serupa



haaa...kat cni la kitorang blaja...sejuk tak???
kitorang blaja dlm group
fuhhh..byk bende yg aku dpt...

tapi time uh aku dah tak sihat dah
kepala aku sakiiit sangat...

lebih2 lagi bile nak solat...
fuh..mcm ade bende lak kat kepala aku..

tim la banyak tolong aku...
aku dah x taw dah nk wat cmne..
aku gagahkan jugak tuk kuat...


                                  
       ni la kawan2 aku..Azra...
best tau diorang ni sebenarnya...

ukhuwah kitorang agak kuat jugak la...
duk asrama katekan...
kalau da masalah..the first one kitorang cari adalah frenzs...

diorang ni caring sebenarnya..
aku wat jugak la research kat sekolah len...
fuh..beruntungnye aku dpt kwn mcm diorang..






hahaha...ni member aku tgh lepak sambil tgk dak dak nie men flying fox
aku x men r flying fox uh
tau x sebab ape...boring...

bende yg same aku men dr sekolah rendah
syyyuuuuuuuppp....
senyap2 sudah!

tau kat ustaz farizan..konpem kena bebel...
lagi un aku x bape sihat..
sepanjang duk sane...

kepala aku sakit jep
makan ubat...
memang x bwk un..sbb aku x suke mkn ubat....

hahaha..
ni la salah atu menu kat sane..
ala-ala kampung..
mcm masakan mak aku..

memang berselera aku makan kat sane...
simple tapi sedap...
ada kala tu makan sambal belacan..
fuhhh..meletup...

da gak time dak lelaki kena bakar sosej...
ada setengah uh gelap-hangus
Ada lak separuh
tapi ape2 pun tetap sedap 

kalo makan yang hitam uh mmg la pahit
kena la buang yang hitam tu...
time diorang bakar,
kitorang dak perempuan mandi sungai...

gile aku...bawak showerform + air kotak
cume aku x bwk roti jep...
aku teringat balik mase aku kecik2 mandi sungai kat kampung

sebelah tu sawah bendang...
tapi kat sini air laju
kalo ikutkan hati, aku nak mandi air terjun kat atas uh
lagi best...bile air terjun jatuh kat bahu...
best gile...




hahaha...time ni sarapan pagi makan mee goreng..
duhhh..aku memang x makan mee goreng...
aku pass kat sihah...
aku taw sihah lapar...
aku un lapar gak

tapi x masuk r kat tekak aku...
aku minum je la air soya...
boleh la tahan sampai makan tengah hari...

sihah byk gak tolong aku sbb time ni un aku sakit gak..
die tolong aku bacekan ape2 surah
ape2 un..sihah...jgn malu2..makan jep
hahaha...


wow..hebat!!!
hati2 nanti jatuh
bayak pacat uh...
tau x...kolam ni kolam bertakung + air longkang+ air sungai dr atas

die wat alur bawah tanah dr air sungai masuk kat kolam uh..
tambah lak air longkang alur kat ctu..
sebanarnye tempat tu bkn tuk mandi..
tapi kolam ikan...

dlm mase yang same wat peserta cuak kalau jatuh.
baru mencabar! 
ee...yeak!!!
aku geli tapi aku nak wat jugak
cume Allah tak izinkan...
tu la salah sendiri...

kawan aku dja suruh gak makan ubat..
tapi aku degil dan kalo dipikirkan balik
sape lak yg bwk ubat????
urm..tahan je la..

aku jalan2 amik angin..
harap leh reda sikit sambil dengar ayat2 suci al-Quran
tapi nasib baik lah mase blaja leh masuk even tgh sakit...
huhuhu..aku senyap kan jep....
xnak susahkan org...
x baik kan???


tiqah...dja...pqa kadir...mira fit...paah..fia.
   urm...ni diorang ha...
berjalan tak ingat dunia...tengok tu muke happy jep...
x pe aku un happy gak sebab tengok korang happy...

haa...ni tiqah hidir...die ni sgt tinggi la boleh lawan dgn Labu...
hahaha...labu buah??? mane2 je la...tu kitorang jep yg taw
die ni kalo aku nak tengok die..aku kena mendongak..

fuhh sakit kepala aku...kehkehkeh..
dja lak member yang sangat akrab dgn aku...
die ni caring sangat la...tapi die selalu da problem about love...

kesian kat die..aku sbg kawan mendoakan yang terbaik tuk die...
pening la bab2 love ni...sbb aku langsung x expert...hahaha...
buat masa skrg ni aku memang x layan novel cinta...

x terbuka hati lagi..tapi kungfu kasi kat aku...sun tzu...
pqa kadir ni adik beradik aku...beza umur kitorang 1 hari jep...die uh nampak camtu tapi
setia mendengar cerita kawan2 die...

mira fit ni lak sangat ayu orang die...fuhh...kalah Mas Idayu!
sopan die lak kalah Fasha sandha...
paah..biase r...
fia...budak ala2 jepun uh...

aku kecian gak dgn die..byk ujian yang die tempoh...
tapi bile dgn aku...gelak je semendang...
kalau kasi die pakai kimono..konpem2 aku x kenal die...



sir Rasis n Rosaidi

urm...Sir Rasis ni org techno...
hampir sume gadjet terbaru die ade...
asal ade gadjet je dia beli...
asal dia beli je mesti gadjet...hahaha..

sir Rosaidi lak...hensem?! boleh tahan la...
tapi sikit un tak tergugat kat hati aku....
warna kulit die macam Asyraf Muslim...hahaha..kalo Asyraf Muslim sume kenal
ala same la mcm sir aku ni..
asal sir Rosaidi je, satu sekolah kenal...
sampai member aku dr SBPI un nak kenal...hahaha
mesti korang kate sir ni hensem kan...

tu pendapat korang la...aku....urm....rahsia...
die ni suke memancing...
da satu malam uh die memancing...
aku lak memang nak memancing cume ayah aku x penah bawak memancing je
ape tak nye 2 tahun baru sekali memancing.tu pun kalo die nak...

die memancing bukan kat cni...
kat kampung die,balik 2 tahun sekali...
sir ni memancing tanpa joran aw....yg ade tali tangsi dan mate kail...
die ade gak ajar aku camne nak pasang umpan kat mata kail uh...

uhh...gile aku dibuatnya...boleh lak die padankan aku dgn someone batch aku gak la...
yang ustz muaz lak sokong tapi padankan aku dgn dak lain...
orang yg sir padankan tu x sesuai, die kate camtu....
sibuk lak pasal kawin mase tu...ishhh....pelik bin ajaib la...aku x ckp papeun...
ehhh..x memasal sir nak tengok enset aku...
kantoi sudah!!!die kate nak bace mesej aku...
mati aku...banyak uh mesej lelaki dalam uh..

ber..adik abang...hahahaa...
x nak aku kaci de...pandai2 la aku kasi alasan...
rupenye die nak trick aku jep....

sebenarnye beradik abang uh panggilan aku dgn sepupu sepapat aku
aku dgn diorang memang rapat...even pakcik aku...
sir x tau pape...mesti die fikir bukan2...
da gak sekali uh ustaz Aimi tengok aku nyer kamera...fuhhh, naik angin deh bile tengok gmbr lelaki
hahaha...tu ayah aku la...
sbb tu aku x nak kaci...sbb malas nak xplain...lagi un die caye ke???

nisah..cuda..pqa razali..fame..paah...dja...ena..dina..aku..nadz...balqis

 urm...happy sangat diorang ni..kitorang nak gi Jungle Trekking...
hahaha...konpem da pacat...aku lupe lak nak bawak garam...
nanti pacat uh naik kat kaki aku lak...

fuhh...dah la kau takut tengok darah...
dulu kat kampung, mase nak cari Godang...masuk bekas lombong...
banyak sangat lintah naik kat kaki...menjerit aku...

aku x taw nak cite camne godang uh...tapi die macam siput sedut tapi besar macam penumbuk kau..
cube wat penumbuk...hah..besar tu la...da lagi besar un ade...

sebelum melangkah nak masuk...aku kena siapkan senjata aku awal2
dah la aku nak masuk ke daerah yang aku x tau jenis ape yang menghuni
dah la aku ni lemah ckit...silap langkah je, aku kena...
kena ape... sabar la...




urm...ni track kitorang...
ni annur..kawan pengakap au...habat gak die ni...
suke wat aktiviti lasak...kitorang dah biase dah..
hehehe....

bagi aku tak mencabar langsung...
maybe tuk kawan2 aku leh la sbb diorang jarang wat aktiviti ni...
aku dari kecik lagi ayah aku ajak masuk hutan

kawan dengan kera...hahaha...caye tak kera uh minum air kopi...
die curi air ayah aku...
dalam hutan uh...aku terokai la ape2 yang da dalam hutan uh...

hehehe..nasib baik x sesat...
aku jumpe sarang khinzir...
aku ingin sekali masuk hutan tanpa track...




kan best...baru mencabar?
kat citu leh menguji kita kemampuan untuk survive dalam hutan....
kalo dah da track konpem x sesat...
hahaha...sorry, aku ckp besar...

time ni bahu aku dah berat dah...
belakang badan dah panas semacam jep
kepala lak dah sakit sangat ni...

fuhh...bile aku nak sampai bilik ni...aku x tahan sakit macam ni...
aku x bape happy un masuk hutan uh..
ape taknye kena kacau....
aku cube gak bace ape yang patut...tak gak telut...


hahaha..ni malam selepas jugle tracking...
ni wani, dia ni mcm ustazah...i respect u!

die jugak mengingatkan aku kat akak Tipah...hehehe
after jungle tracking uh...aku terbaring kat katil...
aku cube lelap mengharapkan reda la sikit..
tak juga nak reda..

aku mintak dgn munirah ubat...
fuh 2 biji ubat (dr klinik) x jugak elok2...
aku un dah x taw wat pe...
bile aku solat jamak zuhur dan asar uh dah x larat dah..
tapi gagahkan jugak tuk solat...
minum petang aku x turun..
bile nak jamak maghrib dan isyak...

kepala aku dah berdenyut dah..macam nak pecah kepala ni
after that, Habib ajak wat solat hajat..wow...
tamparan yang hebat tuk aku...mase die ckp je...mcm da bom kat kepala ni...
nak berdiri un dah x boleh ni...aku un berjalan terhuyung hayang balik bilik...
aku terbaring je la...tuk bertahan
aku berharap kelas malam ni aku leh masuk...
time makan...

swear...x boleh langsung nak bangun..jejak kaki kat lantai je
rase macam bergegar otak aku...
aku un capai enset tepon djah..djah time uh gi makan malam...
aku langsung x de selera nak makan...
sebenarnye djah x tau aku dah jadi camtu...
aku tepon die minx tolong ustaz belikan panadol...
aku xnk miss kelas arab malam uh..

ishh..tetibe djah bawak kan nasi tuk aku...
aku x minx un..tu la aku cakap yg die ni caring...dah x memasal aku kena bebel...
huhuhu...
pas makan die bwk ubat...
nasib baik Adhira ade...die malas makan..die la temankan aku..
babtu badan dia kerempeng...hahaha..
lepas makan ubat...fuhhh..blackout!
wow, dah la aku takut gelap...
satu lagi ujian tuk aku...

nasib baik da cahaya enset...x de la cuak sangat
after that, djah makin risau dgn aku...
thanks djah, i love u sooooo much...
aku ok ckit dah.. nak gi kelas ni, tapi spect aku tggal kat surau...
aku gagah jugak...aku x nak miss kelas...hahaha...

aku tau salah seorang dak lelaki 6pk bende uh kat kepala aku...
aku harap dak yang hilang spect uh x nampak pape....
nanti 6pk bende yang bukan2, kecian lak die x leh tidoo...



hahaha...dah on the road nak balik...
aku jalan dgn pqa Rahim...
dah sampai setengah jalan dah...
urm die nye sweather badar uh tggl...

aku un temanla die balik tempat kem..
perghhh...cici tolong amikkan tuk die...
hahaha...aku gelak jep..
pqa tersimpul malu...

lagi un aku un malu gak sbnrnye...
thanks too dak lelaki..permata 39 di SMKAP..
banyak tolong kitorang angkat beg...tq..
hahaha, fisah tanye aku ape perasaan bile nak balik ni...
aku jawab happy...

member aku ckp sedih..
nape aku ckp cm uh...sbb aku dah x tahan...aku nak balik and then berubat
dah bertimbun kat bahu aku ni...
cume aku tak dirasuk je lagi...

dalam bas, aku berperang dgn jiwa aku sendiri..
aku lawan bende uh..aku taw die ikut tapi aku x leh nak wat ape2...
yang penting skrg ni aku kawal diri supaya x lebih teruk...
cite ni sebenarnye x abis lagi..
bersambung di Ulu Sepri dan Graduasi...
after that...kwn2 aku dpt penyakit pelik...
nak kate keracunan bukan...

seminggu lepas graduasi...aku gi pusat rawatan islam kat seremban...
time tu diorang x balik tapi aku balik..
alasannye da kem..
tu sampingan je uh...

mase aku berubat...ustaz uh marah aku..
kenape duk join program kat kawasan hutan...
dah taw diri uh mudah kena...

hahaha...ustaz tu ckp, kwn2 aku un da gak...cume aku jep dia dpt buang..
after aku jumpe ustaz tu la ramai kwn2 aku yang demam...
aku tau demam uh kesan daripada bende uh...ape yang boleh aku buat???
*
*
*
nothinggg.......
*
*
*
ape2 pun...kat sane tersimpan sweet memory yang x kan aku lupekan...
sorry buat kawan2 yang x sebut name...ape2 pun you all in my heart...
*
*
*
*
*
love u ^..^!

~doa untuk pelajar~

Views
Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan
telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.
Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal.
Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan
 
Mulakan setiap usaha dengan Basmallah
بسم الله الر حمن الر حيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
 
Doa penerang hati
أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu
kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
- Amalkan setiap kali belajar dan baca ketika berada di bilik peperiksaan. -
 
 
Doa apabila terlupa
سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.
 
- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -
 
 
Doa minta tambah ilmu
آللهُمَّ انْفَعْنِى بِمَا عَلَّمْتَنِى , وَعَلِّمْنِى مَايَنْفَعُنِى
وَارْزُقْنِى عِلْمًا يَنْفَعُنِى وَزِدْنِى عِلْمًا
Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu
yang engkau kurniakan kepadaku,
Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku
serta tambahilah daku ilmu pengetahuan
 
- Elok dibaca untuk mendapat ilham bagi menjawab soalan -
 
 
Doa mendapat petunjuk
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا
مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi
 
-Selalulah memohon kepada Allah agar sentiasa mendapat petunjuk. -
 
 
Doa mudahkan hafalan
 آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ
وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul
dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu
kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 
- Amalkan doa ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan hafalan. -
 
 
Dipetik daripada : Diari Siswa Islam 93
Hak Cipta penerbit asal
 
 
 
 
DOA-DOA LAIN YANG BERKAITAN
 
 
Doa untuk mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ
وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ
 اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ
وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ
“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi,
 ingatan para rasul dan malaikat terhampir.
Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu,
hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu.
Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
 
 
Doa setelah selesai mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ
وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ،
 إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca,
faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya.
Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
 
 
Doa ketika masuk bilik peperiksaan
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ
 وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ
 وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia,
 serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia;
dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
 
 
Doa ketika menerima kertas peperiksaan
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
 وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
 وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي
 يَفْقَهُوا قَوْلِي.
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku.
Dan mudahkanlah bagiku tugasku.
 Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku,
supaya mereka faham perkataanku.”
Doa Nabi Musa a.s.
 
 
Doa memohon dilepaskan dari kesusahan menjawab soalan
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya.
Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
 
 
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً
وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْل
“Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya.
 Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
 
Doa ketika terlupa jawapan
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ
اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya.
 Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku
 

~20 hal wanita yang mesti dibaca~

Views

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."



2. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.



3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW.) di dalam syurga.



4. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.




5. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)





6. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).





7. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.





8. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.





9. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.





10. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.





11. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT





12. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.





13. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.





14. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.





15. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.





16. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.





17. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.





18. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.





19. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.




20. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

~himpunan doa~

Views
Letakkan tangan anda ke tempat yang sakit lalu baca doa di bawah.
Jika orang lain yang sakit, letakkan tangan anda ditempat yang sakit
lalu berdoa seperti di bawah:
 
بسم الله الر حمن الر حيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
(Dibaca 3 kali)
 
 
اَعُوذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَبِقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِمَا اَجِدُ وَاُحَاذِرُ
Aku berlindung dengan kebesaran Allah dan kekuasaanNya
dan kejahatan apa yang aku deritai dan aku khuatirkan
 
 
Sisakit hendaklah memperbanyakkan bacaan berikut :
لا اِلهَ اِلا اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ , لا اِلهَ اِلا اللهُ وَحْدَهُ
لا شَرِيْكَ لَهُ , لا اِلهَ اِلا اللهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ
 لا اِلهَ اِلا اللهُ ,لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ الا بِاللهِ
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar
Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya
Tiada sekutu bagiNya, Tiada Tuhan melainkan Allah
bagiNyalah Pemerintahan dan Kerajaan dan bagiNya segala pujian
Tiada Tuhan melainkan Allah
Tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah
 
Rasulullah s.a.w. menyapukan tangan baginda ketubuh ahli keluarga
yang sakit dengan tangan kanan lalu membaca
اَللهُمَّ رَبِّ النَّاسِ مَذْهِبَ البَأسِ اِشفِ اَنْتَ الشَّافِى
لا شَافِى اِلا اَنْتَ شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمَا
Ya Allah, Tuhan segala manusia, yang menghilangkan penyakit
sembuhkanlah. Engkaulah penyembuh selain Engkau
sembuh yang tidak meninggalkan sakit lagi
Riwayat Muslim
 
Doa untuk menyembuh bisul dan ketumbuhan
اَللهُمَّ مُصَغَرَ الْكَبِيرِ وَمُكَبِّرَ الصَّغِيرِ صَغِّرْ مَابِى
Ya Allah , Tuhan yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil
kecilkanlah apa yang tumbuh pada badanku.
 
Doa untuk sembuhkan pening dan demam
بسم الله الر حمن الر حيم, بسم الله الْكَبِيرِ
نَعُوذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ مِنْ شَرِّعَرقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّحَرِّ النَّارِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Dengan nama Allah yang Maha Besar
kami berlindung dengan Allah dari kejahatan peluh yang mendidihkan darah
dan dari kejahatan kepanasan neraka
 
 
Doa sebelum makan/minum ubat
بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ
أَذْهِبِ الْبَائْسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ اَنْتَ الشَّافِى
َلا شَافِىَ اِلا اَنْتَ اَللهُمَّ اِنِّى اَسْئَلُكَ الْعَافِيَةَ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Wahai Tuhan manusia, hilangkanlah derita, sembuhkanlah,
Engkaulah yang Maha Penyembuh. Tiada Penyembuh kecuali Engkau
Ya Allah aku mohon sihat afiat kepadaMu
 
 
Doa selepas makan/minum ubat
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِى كَفَانَا وَاَرْوَانَا غَيْرَمَكْفِيَ وَلا مَكْفُورِ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kepada kami kecukupan
dan kepuasan yang tidak terabaikan dan tidak tertolak
 
 
Doa supaya lekas sembuh
اَسْاَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ اَنْ يَشْفِيَنِى شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا
Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung agar menyembuhkanku
benar-benar sembuh yang tidak terabaikan dan tidak tertolak.
 
 
Allah menjadikan penyakit dan Allah telah menyediakan penawarnya
Berusahalah mencari penawar.
Iringi dengan doa dan tawakkal kepada Allah